Stesen radio independen, Radio Free Sarawak (RFS) menamatkan siarannya berkuatkuasa semalam kerana mendakwa pancaran gelombangnya disekat.
Menurut laporan laman webnya, keputusan itu dibuat kerana para pendengarnya kecewa apabila tidak dapat menerima siaran menerusi gelombang pendek (SW).
RFS mendakwa, sekatan itu dijalankan oleh kerajaan negeri Sarawak dengan menggunakan peralatan mahal dan canggih.
"Keputusan dibuat selepas pendengar kami kecewa (kerana tidak dapat mengikuti siaran) disebabkan gangguan pancaran...,” laporan laman itu dipetik.
Menurut laporan tersebut, sekatan elektronik dengan alat digelar “jammer” itu dikesan di beberapa kawasan di Sarawak.
