15 November 2014

Radio Free Sarawak tamat siaran


Radio Free Sarawak tamat siaran
Stesen radio independen, Radio Free Sarawak (RFS) menamatkan siarannya berkuatkuasa semalam kerana mendakwa pancaran gelombangnya disekat.
Menurut laporan laman webnya, keputusan itu dibuat kerana para pendengarnya kecewa apabila tidak dapat menerima siaran menerusi gelombang pendek (SW).
RFS mendakwa, sekatan itu dijalankan oleh kerajaan negeri Sarawak dengan menggunakan peralatan mahal dan canggih.
"Keputusan dibuat selepas pendengar kami kecewa (kerana tidak dapat mengikuti siaran) disebabkan gangguan pancaran...,” laporan laman itu dipetik.
Menurut laporan tersebut, sekatan elektronik dengan alat digelar “jammer” itu dikesan di beberapa kawasan di Sarawak.
"Jammer tempatan ini sangat mahal untuk dibeli dan mempunyai julat tempatan yang terhad, hanya beberapa batu. Namun ia sangat efektif,” laporan itu dipetik.
RFS yang mensasarkan pancarannya ke kawasan pedalaman Sarawak bagaimanapun akan terus mengekalkan penerbitan laman webnya.
Menurut laporan laman berkenaan, alat jammer berkenaan dianggarkan menelan kos jutaan ringgit.
“Sangat menyedihkan sekali pihak berkuasa Sarawak membelanjakan wang ini untuk mengekang kebebasan bersuara dan bukannya untuk memperelok perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dan perkara lain, yang dibangkitkan stesen radio ini.
"Mereka menunjukkan belang sebenar melalui tindakan itu dan ketakutan mereka ke atas ke atas suara kritikan yang kerdil,” kata pengasas RSF, Clare Rewcastle Brown. -M'kini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive