Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun awal hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu, empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang membuat rondaan di kawasan balai.
Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.