Showing posts with label bekas KPN. Show all posts
Showing posts with label bekas KPN. Show all posts

01 November 2013

Bekas pegawai polis saman Peguam Negara, bekas IGP, kerajaan Malaysia RM128.5 juta

NOVEMBER 01, 2013
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff (gambar) hari ini memfailkan saman berjumlah RM128.5 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, kerajaan Malaysia dan sembilan yang lain atas dakwaan mendakwanya secara salah.
Ramli, 61, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di Kuala Lumpur melalui Tetuan Vin Partnership.
Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pendakwa Raya dan pegawai-pegawai polis sebagai defendan.
Ramli mendakwa defendan dengan niat jahat dan tanpa sebab munasabah menyiasat dan menuduhnya di mahkamah terhadap empat pertuduhan mengikut SPRM dan satu pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.
Beliau mendakwa antara Julai 2009 dan Ogos 2010, beliau telah dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu.
Bekas pegawai polis itu berkata akibat pendakwaan terhadapnya itu, beliau telah mengalami kecederaan dari segi reputasi, kerjayanya dan mengalami kesusahan, kesulitan dan kerugian.
Beliau menuntut ganti rugi khas, am, teruk, teladan dan faedah kos yang kesemuanya berjumlah RM128.5 juta. – Bernama, 1 November, 2013.

04 December 2012

Musa Hassan pernah salahguna kuasa




PERTAHAN.....Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar, dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.
Oleh : MD IZWAN

KUALA LUMPUR : Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

29 November 2012

Musa Hassan dedah campurtangan pemimpin Umno bebaskan penjenayah



Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

12 May 2012

Nik Aziz is father of kafir kata Tn Guru Rahim Noor


Selepas sekian lama mendiamkan diri natijah daripada kisah "lebamnya mata Anwar" lebih kurang 13 tahun yang lepas, Rahim Noor kembali menjadi bahan buala. Bermula daripada statement2nya berkenaan BERSIH (bersama2 dengan Tun Hanif Omar dan Musa Hassan), baru2 ini dia bertindak setapak lebih ganas dengan melabelkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai "bapa kafir" atas alasan "fatwa Nik Aziz menyesatkan orang ramai lalu semuanya turun menyertai himpunan haram iaitu BERSIH". ... seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive