Showing posts with label pemimpin umno. Show all posts
Showing posts with label pemimpin umno. Show all posts

25 June 2014

Pemimpin Umno mahu jadi raja, selar Zam


Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin meluahkan rasa terkejut dan kekecewaannya terhadap pujian pengarang kanan Utusan Malaysia yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam sebuah majlis kelmarin.

Cara berpakaian seperti persalinan kepahlawanan Melayu yang dipuji Zaini Hassan itu, menurut Zainuddin, menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa ringkas hidupnya.

Ini, tambahnya lagi, apabila harga songket pembesar negara termasuk pemimpin Umno berharga mahal antara RM5,000 hingga RM30,000.

“Dengan berpakaian 'raja bangsawan' ini , Umno memberikan persepsi kepada rakyat bahawa mereka terus tidak memahami perasaan di akar umbi sekarang, Umno semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan Umno sebagai parti rakyat.

“Pemimpin pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan yang sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burung nuri,” sindir Zainuddin.

Zaini dalam tulisannya berjudul “Umno Cheras terbaik!” antaranya menulis dengan memuji cara pakaian dalam majlis ulang tahun ke-20 Umno Cheras, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pakaian PAP Singapura

Selain memuji pakaiannya yang elok, Zaini (bawah) juga berkata nilai estetikanya tinggi dan sepatutnya perlu ada muzium menempatkan semua pakaian Melayu silam untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada kepimpinan Umno Cheras dan ketuanya Syed Ali Alhabshee.

“Sebagai seorang yang bukan ahli Umno, selagi masih berada dalam alam kerjaya ini, saya melihat parti itu dengan penuh harapan - syaratnya contohilah Cheras!” tulis Zaini.

Menulis di blognya hari ini, Zainuddin juga membandingkannya dengan keadaan semasa kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura ditubuhkan.

Pada masa itu, tambah bekas ketua pengarang kumpulan Utusan itu, pemimpin PAP, termasuk perdana menteri, hanya berpakaian biasa dengan seluar dan baju putih ke parlimen.

Katanya, ini dilakukan walaupun mereka dari golongan elit, kalangan profesional dan berkelayakan tinggi.

29 November 2012

Musa Hassan dedah campurtangan pemimpin Umno bebaskan penjenayah



Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

20 February 2012

Pemimpin tak berjaya bentuk sahsiah isteri - tidak menutup aurat - bagaimana ia hendak memimpin negara -- Prof Ridhuan Tee Abdullah

KUALA LUMPUR – Cendekiawan Islam, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah kecewa dengan pemimpin yang ada sekarang kerana tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri dengan ajaran Islam sebenarnya.

Tanpa merujuk kepada tokoh itu sama ada daripada kerajaan atau pembangkang, kata Ridhuan Tee, pemimpin ini tidak boleh dijadikan role model kepada generasi akan datang.

“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memim­pin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.

02 March 2011

Saya tak musuhi Umno tapi pemimpinnya yang zalim - DSAI

JASIN 2 Mac : Dalam kunjungan pertama ke Merlimau sejak kempen rasmi bermula Sabtu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bermusuh dengan Umno, parti Melayu terbesar sebaliknya memusuhi pemimpin-pemimpin Umno yang zalim kepada rakyat.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Permatang Serai di sini malan tadi sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

“Saya diberitahu Merlimau ini adalah kubu kuat Umno, saya dah tahu... saya tak masuk untuk bermusuh dengan orang, saya ambil keputusan untuk bersama (dalam politik) untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

“Saya tak bermusuh dengan Umno, saya bermusuh dengan pemimpin yang zalim, yang tak selesaikan masalah rakyat dan mengamalkan rasuah,” katanya.

Ini ceramah pertama Anwar sempena kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Dalam ucapannya, Anwar juga menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi sesiapa termasuk dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Bukan saya yang serang peribadi dengan Najib dan (Mohd) Ali Rustam, saya tiada musuh peribadi,” tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Usaha Anwar itu dilihat untuk meraih sokongan penyokong Umno-BN di Merlimau yang merupakan kubu kubu kuat parti itu.

Kira-kira 500 orang menghadiri ceramah itu.

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud menggesa supaya mengundi di DUN Merlimau agar bangkit untuk membuat perubahan terhadap sistem pentadbiran negara.

“Saya percaya kita boleh buat satu kejutan untuk mengubah landskap politik negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Negara kini mempunyai masalah yang lebih besar di bawah pemerintahan Umno-BN, mereka tidak menyelesaikan semua masalah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya membuat tempelan yang akhirnya ia menjadi satu barah yang teruk,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Raja itu menambah, semua masalah yang timbul itu tidak akan dapat diselesaikan oleh Umno-BN disebabkan terlalu banyak penyelewengan.

“Ini yang terjadi pada Umno-BN, mereka sudah tidak mampu untuk mengawal kegagalan mereka selepas 53 tahun memerintah.

“Saya tak nampak Umno-BN berusaha untuk selesaikan masalah di peringkat akar umbi tapi hanya membuat tempelan untuk jangka masa pendek, kemudian masalah sama berulang semula,” katanya. - TMI

14 April 2010

Pakatan pilih Zaid sebab dia banyak duit - Muhyiddin

Kenyataan=kenyataan bodoh juak-juak umno menteri-menteri umno berterusan. Mereka akan cakap apa saja yang terasa. Tak kisah lah samaada dapat diterima rakyat/pengundi atau tidak. Yang pasti kenyataan dungu mesti dikeluarkan. Samada kenyataan-kenyataan tersebut benar atau tidak, tidak kisah sebab bagi mereka rakyat/pengundi masih seperti zaman sebelum merdeka. Rakyat akan menerima bulat-bulat apa yang disuarakan pemimpin.
Terbaru, Muhyiddin kata PKR memilih Datuk Zaid kerana dia banyak duit bukan kerana keupayaan nya untuk berkhidmat ...
Jentera pilihan raya BN akan mengambil sikap berhati-hati dan bekerja keras untuk menghadapi PKR yang menamakan Datuk Zaid Ibrahim, sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Kita biasanya tidak akan mengambil sikap terlalu yakin kerana kita sukar membaca sikap pengundi secara total, mereka mungkin kata ya, tetapi di belakang mungkin kata tidak, atau mereka kata tidak tapi sebenarnya ya."Apa yang penting ialah kita bekerja keras, kita tidak boleh (seperti) orang kata ambil mudah kononnya kita pasti menang. Sikap ini bagi saya dari awalpun tidak baik, jadi kita akan berhati-hati," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sidang kemuncak pendidikan Malaysia 2010 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di ibunegara.

Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN, turut diminta mengulas peluang BN merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada PKR akibat barah otak pada 25 Mac lepas. "Kami mempunyai peluang setara. Saya percaya berdasarkan kepada sentimen yang terkini di mana di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), angin perubahan sudah berlaku, ekonomi sudah bertambah baik dan berbagai faktor yang memberikan kelebihan kepada kita, saya harap itu akan menjadi asas pertimbangan oleh pengundi," katanya.
Timbalan Presiden Umno itu turut diminta mengulas pemilihan Zaid, yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai calon PKR untuk pilihan raya kecil itu."Saya dimaklumkan dia dipilih kerana dia banyak duit. Itu maklumat yang saya terima daripada banyak saluran media. Jadi bukan pasal dia boleh berkhidmat ke, siapa yang tidak kenal Zaid Ibrahim, apapun, itu keputusan mereka, kita akan hadapi calon ini," katanya.Muhyiddin yakin penduduk dan pengundi di kawasan Hulu Selangor mahukan orang tempatan mewakili mereka.

"Jadi, PKR mungkin ada strateginya sendiri, itu hak mereka," katanya.Beliau berkata calon PKR itu juga mempunyai rekod keluar masuk pelbagai parti politik dan perkara itu boleh dijadikan pengukur oleh pengundi bagi memilih calon terbaik untuk mewakili mereka.

Ditanya mengenai percaturan BN meletakkan calon MIC di kawasan yang majoriti penduduknya adalah Melayu, Muhyiddin berkata:

"Bagi saya, yang penting pengundi tahu siapa yang mereka mahu. Mereka tidak mungkin melihat daripada sudut kaum, mereka melihat siapa yang mereka fikir boleh membantu menyelesaikan masalah, dan biasanya, yang mereka mahu ialah orang yang sudah faham (masalah di kawasan berkenaan)." - Bernama

07 November 2009

Samseng UMNO Bkt Bendera ... bina bungalow tanpa kelulusan


Inilah dia pemimpin UMNO. Perkara-perkara yang macam ni lah depa cari, depa nak. Kuasa. Bila ada kuasa (konon) tak der siapa yang boleh kacau, ganggu dah. Buat lah apa pun. Baik pihak berkuasa tempatan mahu pun pihak berkuasa keselamatan tak dapat nak buat apa-apa. Sebab apa? Sebab depa tu pemimpin politik. Pemimpin politik 1malaysia najib altantuya. Nak ambik tindakan kena tanya bos no 1 dulu.

Pasai tu lah yang ramai sangat nak jadi orang politik. nak jadi mula-mula dengan ketua cawangan lepas tu bahagian lepas tu nak jadi adun dan seterusnya ahli parlimen ... Semua tu bukan kerana nak bantu, nak tolong rakyat atau nak (konon) memertabatkan parti.

Hangpa boleh pi buat "survey" lah berapa kerat sangat yang ahli-ahli politik ni yang benar-benar nak bantu rakyat atau pengundi mereka. Pembohong!!! Niat diaorang nak kan kuasa. Bila ada kuasa senang buat duit. Bila ada kuasa susah pihak-pihak berkuasa nak kacau, nak ambil tindakan .

Tengok saja ni ha. Rumah si samseng bukit bendera pulau pinang ni. Ahmad Ismail yang hari tu kena gantung keahlian UMNO. Apa nak kisah kena gantung pun, .... aku tetap ada kuasa, sapa berani kacau aku ... Inilah sikap kebanyakkan pemimpin UMNO

Harap LGE arahkan MPPP untuk ambil tindakan segera. Jangan takut. PP dibawah PR

nak tau lebih lanjut baca kat blogckchew

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive