Showing posts with label bonos.. Show all posts
Showing posts with label bonos.. Show all posts

08 August 2011

Bonos kakitangan kerajaan

KUALA LUMPUR: The government has agreed to pay bonus of half-month salary with minimum payment of RM500 for civil servants.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the goverment had also agreed to give special payment of RM500 to government pensioners.

"The bonus and special payment will be made in the middle of this month," Najib, who is also Finance Minister, said in a statement Monday.

Najib said the bonus was to appreciate the dedication and contributions of civil servants in successfully implementing the nation's development programmes.

31 August 2010

Kelantan bayar RM500 pada kakitangannya : TGNA

KOTA BHARU, 30 Ogos: Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada lebih 5,000 orang kakitangannya sebelum Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikk Mat berkata, sumbangan yang melibatkan jumlah RM2.2 juta itu sebagai menghargai jasa kakitangan yang tekun membangunkan negeri.

Menurutnya, tarikh sebenar penyerahan bantuan khas itu belum diputuskan tetapi cek berkenaan telah siap diurus.

Tambahnya, kakitangan awam bermula dari gred 54 dan ke bawah layak menerima bantuan khas itu.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas solat sunat tarawih di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini malam ini.

Tuan Guru berkata, beliau seronok dengan pemberian berkenaan kerana dapat menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri. - harakahdaily

25 August 2010

Kakitangan kerajaan akan dibayar bonos

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. ... malaysiakini

-Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive