Mizz Nina berkata dia terpaksa menolak tawaran memberikan ceramah berkaitan agama Islam kerana masih belum layak untuk berbuat demikian.
PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina memberitahu dia menerima banyak tawaran untuk memberi ceramah berkaitan agama Islam sejak menutup aurat sepenuhnya setahun yang lalu.
Bagaimanapun, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 35, berkata, dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana merasakan dirinya belum layak dan bersedia ke arah itu.
"Sejak berpenampilan menutup aurat setahun lalu, saya banyak terima undangan mengadakan ceramah di majlis-majlis agama.

"Saya terpaksa tolak kerana saya tidak layak untuk bercakap soal agama dan masih lagi belajar mendalami agama Islam, melainkan ia hanya sekadar berkongsi pengalaman berhijrah, " ujarnya kepada mStar Online.