Showing posts with label homoseksual. Show all posts
Showing posts with label homoseksual. Show all posts

06 November 2011

Seksualiti Merdeka : KPN sedia temui penganjur

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sedia bertemu dengan penganjur program 'Seksualiti Merdeka 2011' untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penganjuran program itu.

"Saya tiada masalah untuk berjumpa (dengan penganjur). Saya boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja asalkan ada tujuan... sebab kita bercakap soal keamanan. Saya tidak mahu tanggung apa-apa risiko yang boleh gugat keamanan negara," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Hari Raya Aidiladha di Masjid Bukit Antarabangsa di sini, Ahad.

Dalam satu kenyataan media semalam, penganjur program berhasrat untuk berjumpa dengan Ismail bagi menerangkan tujuan sebenar program berkenaan.

05 November 2011

Seksualiti Merdeka hentikan semua acara awam

4:25PM Nov 5, 2011

Penganjur Seksualiti Merdeka hari ini memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan bulan ini tidak akan diteruskan.

Dalam satu kenyataan media, Seksualiti Merdeka berkata keputusan itu diambil demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir, meskipun program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008 lagi.

“Demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir, kami tidak akan meneruskan acara-acara awam Seksualiti Merdeka sambil kami cuba berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka,” petik kenyataan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive