Showing posts with label kajian. Show all posts
Showing posts with label kajian. Show all posts

23 January 2013

Kajian UM - Sokongan terhadap PR meningkat BN menurun


KUALA LUMPUR 23 Jan: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat terus meningkat dari masa ke semasa dan kini hampir dengan Barisan Nasional.
Ini menghasilkan, persaingan antara Pakatan Rakyat dengan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini dijangka paling sengit dalam sejarah politik negara.
Hasil kajian yang dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) hari ini menunjukkan hanya perbezaan kecil antara sokongan terhadap kedua-dua kumpulan politik yang bertanding itu.

26 July 2012

Cantik .... Penerimaan terhadap Najib menurun 1% BN 6% .... kata survey

July 26, 2012
KUALA LUMPUR, 26 Julai — Penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu, menurut kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center hari ini.
Kaji selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri (PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada 79 kepada 75 peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus.
Namun bagi pengundi Cina, penerimaan Najib (gambar) meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu.

30 August 2010

Hanya 44% Melayu berpuas hati dengan UMNO ..


KUALA LUMPUR, Aug 30 — Umno leaders may be blowing their own trumpets about the party having undergone serious reform since Election 2008 but voters remain unconvinced, a new survey shows.

A poll in July of more than 1,000 registered voters in the peninsula showed that 45 per cent of Malays remained dissatisfied with Umno, while 44 per cent were satisfied.

Among Chinese voters surveyed, only 12 per cent said they were satisfied with Umno.

Fifty-five per cent of Chinese voters surveyed were dissatisfied with Umno.

Contrasted with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's high 72 per cent approval rating from a separate poll in May, the results of the July survey showed that Malaysians are still largely unhappy with his party.

In the May survey, Najib enjoyed the highest approval among Indians, of whom 80 per cent expressed satisfaction, followed by Malays at 77 per cent and Chinese at 58 per cent.

But the latest Merdeka Center poll showed an increasingly divided country when it came to voters' perception of the Barisan Nasional (BN) lynchpin party.

While Malays remained almost equally split in how they felt about Umno, Chinese dissatisfaction was palpable.

Although 55 per cent of Chinese voters surveyed said they were satisfied, a synopsis of the poll revealed that 34 per cent declined to answer the question of whether they were satisfied with Umno, possibly due to fear.

Therefore the distrust of Chinese is much higher than the 55 per cent would suggest.

According to the survey, most Chinese also equate Perkasa with Umno.

The Malay rights group led by maverick politician Datuk Ibrahim Ali has fashioned itself into a significant lobby group, demanding the government retain quotas as a right of Bumiputeras while issuing increasingly strident views on race relations.

The emergence of Perkasa as a right wing group has appealed to the conservative front in Umno, and Najib's reluctance to curb Perkasa has seen the group's influence grow.

Yesterday Ibrahim issued an ultimatum to Najib to explain his 1 Malaysia slogan, and pointed out Perkasa's contention that it is not about equality.

But besides Perkasa, Umno also has its work cut out in winning over the trust of a majority of Malay voters.

The main reasons cited by Malays for their dissatisfaction with Umno are that its politicians only care about self interest and are not interested in needy Malays (15 per cent); its politicians are busy playing politics (13 per cent); and corruption and abuse of power (12 per cent).

For the Chinese, the main reasons for their dissatisfaction are that Umno is unfair to non-Malays (24 per cent) and that it is too dominant, aggressive and racist (23 per cent).

The Merdeka Center findings would suggest that if Najib calls for early elections as expected, he will have to project himself and not the party or coalition he leads. - TMI

11 April 2010

PRK Hulu Selangor - Tinjauan mStar Online - Lebih 70% pilih Pakatan

Dalam rewang-rewang sebentar tadi, aku terjumpa satu tinjauan yang di buat oleh akhbar mStar Online terhadap pembacanya, tentang PRK Hulu Selangor. KOrang tengok lah sendiri keputusan sehingga jam 1.30 pagi sebentar tadi. Ini lah jawapan nya ...
Parti pilihan anda di kawasan Parlimen Hulu Selangor

Barisan Nasional (BN) - 29.8%
Parti Keadilan Rakyat (PKR) - 70.2%
mStar bukan lah akhbar atau blog Pakatan Rakyat, tapi hasil kajian menunjukkan pembaca yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan fahaman politik memihak kepada Pakatan Rakyat.
Macamana ni Najib, Ahmad Maslan, Shafie Afdal, Samy Velu ... ???
UMNO BN semakin pening kepala agaknya dengan hasil kajian ini. Dan mereka akan berusaha lagi untuk menabur pelbagai janji dan projek-projek mi segera akan terus dicurahkan kepada warga Hulu Selangor ...
Bagi warga HS, terima sajalah apa yang dicurahkan, rezeki sebegini tidak selalunya datang, tapi buat lah pilihan yang tepat pada 25 Apr nanti ... Insyaallah kita akan beroleh kejayaan.

26 July 2009

95% Rakyat merasakan kerajaan Najib Altantuya tidak mampu menjamin keselamatan mereka

Dalam tiga hari tinjauan soalselidik elektronik dinaikkan di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri, 6,058 peserta berasakan kadar jenayah yang meningkat mutakhir ini menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan, manakala 5,549 peserta merasakan pihak berkuasa tidak mampu menjamin keselamatan mereka.

Begitu menurut rencana terbaru Penasihat DAP Lim Kit Siang di laman blognya hari ini.

Bermula 23 Julai lalu, penyertaan awal adalah seramai 866 bagi tinjauan pertama dan 894 bagi tinjauan kedua.

Jumlah peserta meningkat pada hari berikutnya kepada 2,846 bagi tinjauan pertama dan 2,619 bagi tinjauan kedua.

Hari terakhir tinjauan mencatatkan respon dari 6,058 orang bagi tinjauan pertama dan 5,549 bagi tinjauan kedua.

Keputusan ini menunjukkan sejak 23 Julai jam 12 malam hingga 26 Julai jam 10 pagi, 97 peratus responden secara konsisten mengatakan mereka tidak berasa selamat, manakala 95 peratus secara konsisten menjawab kerajaan tidak mampu menjamin keselamatan mereka.

"Hanya ada satu kesimpulan dari statistik ini - akuan bahawa Musa Hassan telah gagal sebagai Ketua Polis Negara, dan perlunya KPN baru untuk membebaskan Malaysia dari jenayah," tegas Kit Siang.

"Kes ragut sahaja meingkat 99 peratus dari Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Sebanyak 1,206 kes dilaporkan dalam empat bulan tahun ini berbanding 606 sahaja tahun lalu. Bahkan jumlah 1,206 ini adalah kecil kerana majoriti mangsa tidak melapor kerana mereka tidak lagi yakin pada polis," tambahnya lagi. - TVA

13 February 2009

Kajian: 76% Pengundi mahu DUN Perak dibubar - malaysiakini

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Hampir dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.

Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai "hak" untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.

"Malah, 62 peratus lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Hanya 29 peratus yang mengatakan peranan istana menggambarkan kehendak rakyat.

Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6 dan 8 Februari lalu untuk mengukur percepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak.

Seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut.

Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, berusia 11 bulan, telah tumbang apabila tiga wakil rakyatnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk bertindak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Kini Pakatan Rakyat dan BN mempunyai anggota sama rata iaitu 28 orang.Menteri Besar Perak yang baru mengangkat sumpah Jumaat lalu manakala barisan exconya pula Selasa lalu.

Mengenai penyelesaikan kepada krisis politik ini, seramai 33 peratus responden mahu pilihan raya yang baru dilangsungkan, 35 peratus lagi mengatakan pilihan raya kecil wajar diadakan di kawasan yang ADUNnya keluar parti manakala 28 peratus mahu kerajaan baru dibenarkan terus memimpin negeri itu. -- mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive