Showing posts with label kenaikan harga minyak. Show all posts
Showing posts with label kenaikan harga minyak. Show all posts

19 October 2014

Kami akan anjur bantahan lebih besar


  • Mohd Nasaie IsmailMohd Nasaie Ismail
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - [VIDEO] "Protes Kenaikan Harga Minyak (Satira 20 sen) lebih besar akan diadakan sekiranya kerajaan enggan menurunkan harga minyak," ujar Ketua Penerangan Pemuda Pas, Mohd Nasaie Ismail.

Menurutnya, bantahan tersebut akan dianjurkan bersama parti pembangkang dan gabungan NGO di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 7 November depan.

Jelasnya, kerajaan harus didesak untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kenaikan harga minyak dan barangan yang menghimpit rakyat.

04 October 2014

PRM: Najib juga boleh 'dinyah' seperti Pak Lah


Parti Rakyat Malaysia mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bahawa perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur kerana gagal menunaikan janji.

Oleh itu, BN perlu memenuhi janji pilihan raya untuk tidak menaikkan harga bahan api sekiranya perdana menteri itu tidak mahu mengalami nasib yang sama, katanya.

“PRM hendak mengingatkan bahawa bekas perdana menteri,  Abdullah Badawi, diberikan kepercayaan kuat oleh rakyat kerana beliau berjanji melaksanakan perubahan yang diidam-idamkan rakyat.

Rakyat tidak lagi tertipu dengan ‘rasionalisasi subsidi’

Rakyat tidak lagi tertipu dengan ‘rasionalisasi subsidi’
Kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen semalam dan bersembunyi disebalik alasan rasionalisasi subsidi kononnya memperlihatkan betapa rasionalnya tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bahan api tersebut. Namun, rakyat tidak lagi tertipu dengan penggunaan frasa ‘rasionalisasi subsidi’ yang digunakan pihak kerajaan kerana ia tidak pernah menunjukkan suatu tindakan yang rasional dengan mengurangi subsidi tersebut.
Saya merasa musykil dengan kenaikan harga bahan api yang dilakukan pihak kerajaan semalam sedangkan beberapa hari yang lalu, harga minyak West Texas Intermediate (WTI) mengalami penurunan 4% susulan daripada penurunan sebanyak 3.3% pada awal minggu lepas. Trend penurunan harga minyak juga berlaku di beberapa negara yang lain.
Laporan daripada US Energy Information Administration menunjukkan Malaysia di antara negara pengeksport minyak terbesar di kalangan negara-negara dunia dan di Asia Tenggara. Malah, Malaysia juga adalah negara penyimpan minyak (oil reserve) yang keempat terbesar di Asia Pasifik dibelakang China, India dan Vietnam. Keadaan ini menunjukkan Malaysia sepatutnya tidak terlalu terkesan dengan perubahan harga minyak dunia. Ironinya, Malaysia sebagai pengeksport utama minyak (net oil exporter) dan penyimpan minyak (oil reserves) berbanding negara Thailand, Singapore dan Indonesia menyaksikan kenaikan harga minyak semalam.

03 October 2014

#Naik20Sen : Bukan Benci Kerajaan, Luah Pengguna Facebook


..KUALA LUMPUR: Topik kenaikan harga petrol RON95 dan diesel kini antara yang menjadi bualan hangat tidak kira di medium sosial mahupun kedai kopi.
Pelbagai reaksi dapat dilihat ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen yang diumum oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkuat kuasa lewat tengah malam, 2 Oktober semalam.
Dengan ini, harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Ekoran itu, perasaan kesal, marah, terkejut serta tidak kurang yang mengeluarkan kata-kata kesat terus dilontarkan kepada barisan kepimpinan kerajaan terutamanya melalui media sosial.

29 October 2013

Minyak akan naik lagi

Pakar ekonomi Bank Dunia ramal subsidi minyak akan dipotong tahun depan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Oktober, 2013.Pakar ekonomi Bank Dunia ramal subsidi minyak akan dipotong tahun depan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Oktober, 2013.Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander meramalkan kerajaan akan memotong subsidi minyak kali kedua tahun depan bagi menangani defisit fiskal yang dihadapi selama 15 tahun berturut-turut.
September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, sekaligus menimbulkan kemarahan dan kritikan daripada orang ramai dan juga pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
"Kelihatannya mungkin ada satu lagi pusingan (rasionalisasi subsidi minyak)," kata Frederico semasa ditemui sebaik berakhir Dialog Pasca Bajet 2014 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Bukit Kiara hari ini.
Frederico yang bertugas di Jabatan Asia Timur dan Pasifik, Membasmi Kemiskinan dan Pengurusan Ekonomi, berkata berdasarkan pembentangan Bajet baru-baru ini adalah isyarat jelas Putrajaya akan mengambil langkah rasionalisasi tersebut pada tahun depan.
Subsidi minyak merupakan jumlah terbesar yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun, dianggarkan berjumlah RM24.8 bilion atau 53% daripada keseluruhan RM47 bilion wang yang dibelanjakan untuk subsidi sahaja.
"Jika dilihat pada peruntukan, untuk peruntukan minyak dijangka akan menurun secara signifikan tahun depan.
"Di mana saya berpendapat ia adalah isyarat kemungkinan akan berlaku rasionalisasi subsidi minyak bagi memastikan sasaran dapat dicapai," kata beliau yang merujuk kepada sasaran kerajaan mengurangkan defisit fiskal pada paras 3% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020.
Sementara itu, Frederico berpandangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi mengelak kebergantungan kepada hasil minyak semata-mata.
Jumaat lepas, Najib mengumumkan melaksanakan cukai kontroversi GST bermula 1 April, 2015 pada kadar 6%.
"GST sangat berguna, ia bagi mengelak terlalu bergantung kepada hasil minyak semata-mata," katanya lagi.
Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang turut berada dalam dialog tersebut tidak menolak cukai tersebut mampu menjana pendapatan kepada negara tetapi menegaskannya bukan jaminan akan tidak boros serta melebihi bajet yang telah diperuntukan.
"Apabila menjana hasil yang besar, kerajaan juga berbelanja besar menjangkaui peruntukan setiap tahun
"Sejak beberapa tahun ini, kerajaan telah memohon bajet perbekalan tambahan kerana peruntukan yang diberikan tidak mencukupi," kata Pua.
Awal bulan lalu sebelum pembentangan bajet, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) sebanyak RM14,125,580,900 kepada beberapa kementerian sebagai perbelanjaan mengurus.
Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini juga mendedahkan beberapa ketirisan dan kebocoran melibatkan beberapa kementerian kerajaan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan pembentangan bajet kali ini menunjukkan keseriusan kerajaan untuk menangani defisit fiskal terutamanya selepas laporan oleh agensi penarafan global Fitch Ratings yang meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif.
"Kita perlu menghantar mesej bahawa kita serius untuk mengatasi defisit fiskal.
"Tapi saya juga bersetuju supaya satu langkah yang tegas perlu diambil untuk mengatasi kebocoran dan ketirisan seperti didedahkan Ketua Audit baru-baru ini," kata Khairy.
Najib membentangkan bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji", merangkumi lima teras utama bajet iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar, dan mensejahtera kehidupan rakyat. 

07 September 2013

Aduka Taruna bersama 3 yang lain ditahan polis ketika Flashmob di Kota Bharu


Polis menahan empat aktivis Royalti (R) yang membuat flash mob (bantahan senyap) bagi membantah kenaikan harga minyak tengah-tengah bandar Kota Bharu hari ini.
4 orang aktivis R yang ditangkap adalah Khairul Nizam Abd Ghani (Aduka Taruna), Mohd Rosdi Mat Zin, Hazmi Daud, Wan Muhyiddin Asyrafi Wan Baharuddin di bawah flyover hadapan KB Mall.
Mereka dibawa menaiki Black Maria ke IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.
Flashmob diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak Ron 95, Ron 97 & Diesel dan mengutip sumbangan derma untuk membantu mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu semalam.
Penahanan dilakukan sebelum program yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang.
Menurut Pressiden R, Nazri Deraman, penahanan telah dibuat secara tergesa gesa tanpa perbincangan lanjutan dibuat.
Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mengecam tindakan itu dan menuntut mereka dibebaskan segera.
Pemuda PAS Kelantan berpendirian, tindakan menahan mereka yang hanya melakukan kempen bantahan senyap ialah satu cubaan pihak kerajaan untuk menutup bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.
"Perlu diingatkan bahawa kenaikan harga minyak ialah isu bersama yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan merupakan isu politik semata-mata," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.
Mereka berpandangan pihak berkuasa wajar menggunakan budi bicara dalam menangani protes kenaikan harga minyak ini.
Justeru, mereka mendesak agar semua keempat-empat aktivis R ini dibebaskan dengan segera sebelum kerajaan menghadapi protes yang lebih hebat lagi.
Sebelum ini, Pemuda PAS telah mengadakan bantahan di seluruh negara termasuk di Kualan Lumpur.
Namun hanya bantahan yang dibuat di Kota Bharu sahaja yang melibatkan tangkapan dari pihak polis.
Ekoran itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) mengecam tindakan itu dan menuntut mereka dibebaskan segera.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak 20 sen untuk RON95 dan diesel baru-baru ini.
Ia dibuat dalam bentuk pemotongan kepada subsidi yang diberikan kerajaan selama ini.
Pemuda PAS Kelantan berpendirian, tindakan menahan mereka yang hanya melakukan kempen bantahan senyap ialah satu cubaan pihak kerajaan untuk menutup bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.
"Perlu diingatkan bahawa kenaikan harga minyak ialah isu bersama yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan merupakan isu politik semata-mata," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.
Mereka berpandangan pihak berkuasa wajar menggunakan budi bicara dalam menangani protes kenaikan harga minyak ini.
Justeru, mereka mendesak agar semua keempat-empat aktivis R ini dibebaskan dengan segera sebelum kerajaan menghadapi protes yang lebih hebat lagi.
Sebelum ini, Pemuda PAS telah mengadakan bantahan di seluruh negara termasuk di Kualan Lumpur.
Namun hanya bantahan yang dibuat di Kota Bharu sahaja yang melibatkan tangkapan dari pihak polis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive