19 October 2014

Kami akan anjur bantahan lebih besar


  • Mohd Nasaie IsmailMohd Nasaie Ismail
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - [VIDEO] "Protes Kenaikan Harga Minyak (Satira 20 sen) lebih besar akan diadakan sekiranya kerajaan enggan menurunkan harga minyak," ujar Ketua Penerangan Pemuda Pas, Mohd Nasaie Ismail.

Menurutnya, bantahan tersebut akan dianjurkan bersama parti pembangkang dan gabungan NGO di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 7 November depan.

Jelasnya, kerajaan harus didesak untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kenaikan harga minyak dan barangan yang menghimpit rakyat.


"Tujuan bantahan hari ini diadakan adalah untuk menyuarakan protes kami terhadap kenaikan harga barang, minyak dan Akta Hasutan.

"Protes kali ini melibatkan anak-anak muda mahasiswa dan parti politik yang terdiri daripada Pas dan NGO yang lain," jelasnya.

Bantahan terhadap kenaikan harga minyak di hadapan kompleks beli-belah Sogo kali ini merupakan protes ketiga dianjurkan oleh pihak pembangkang dan gabungan NGO yang lain.

Bantahan terhadap isu sama pernah diadakan sebelum ini di hadapan Parlimen dan hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Nasaei ketika ditemui pada protes kali ini turut menegaskan, pihaknya tidak akan berganjak dari pendirian masing-masing untuk melakukan bantahan berterusan sekiranya kerajaan masih berdegil.

"Ini adalah protes mingguan secara kecil-kecilan yang diadakan supaya isu ini diberi perhatian (oleh kerajaan).

"Sekiranya kerajaan masih tidak (beri) respons, kami akan anjurkan bantahan lebih besar sehingga ke malam tahun baharu," tegasnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive