Showing posts with label militan IS. Show all posts
Showing posts with label militan IS. Show all posts

10 January 2015

Bekas Komando Terlibat IS Alami Masalah Mental


EKSKLUSIF
KUALA LUMPUR: Bekas komando militan Negara Islam (IS) yang ditahan di Arab Saudi didapati mengalami masalah 'mental tidak stabil' sebelum meninggalkan dari Angkatan Tentera Malaysia.

Sumber mendedahkan bahawa lelaki berusia 29 tahun yang berasal dari Perak itu menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan mental sebelum menamatkan perkhidmatannya kira-kira 18 bulan lalu.

"Dia berkhidmat dengan tentera selama 10 tahun tetapi menunjukkan tanda-tanda hadapi masalah mental tidak stabil di penghujung perkhidmatannya.

"Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada keadaan mentalnya adalah penyebab di sebalik pelepasannya (daripada perkhidmatan), " kata sumber kepada The Star pada Jumaat.

Difahamkan sebelum pemergiannya ke Timur Tengah, lelaki itu turut menceraikan isterinya, seolah-olah bersedia untuk meninggalkan Malaysia untuk menyertai kehidupan militan di Arab Saudi

Pasangan itu bagaimanapun tidak mempunyai anak.

"Dia juga menderma sebahagian daripada wang simpanannya kepada kumpulan yang didakwa ada kaitan dengan militan kerana sering berhubung dengan suspek militan diFacebook," dedah sumber itu.

Turut difahamkan bahawa suspek juga mengadakan pertemuan dengan anggota militan ketika tiba di Arab Saudi pada 15 Disember lalu.

Dia mengirinya bapanya mengerjakan umrah namun didapati hilang pada 18 Disember.

Bagaimanapun pihak berkuasa Arab Saudi menahannya pada 28 Disember.

"Dengan pengalamannya sebagai bekas anggota komando dan keadaan mentalnya yang tidak stabil menjadikan dia lebih membahaya kerana tindakannya sukar diramal," katanya lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementeriannya memandang serius perkara itu berikutan wujudnya trend anggota tentera menyertai militan.

"Saya sedar dengan kes berkenaan dan kami sedang bekerjasama dengan pihak polis.

"Kami tidak akan bertolak ansur dengan anggota tentera yang menyertai kumpulan militan," katanya. - mStar

03 January 2015

Dua Ditahan Disyaki Cuba Sertai Militan IS Di Syria


Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 9:36 PM
Anggota polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman mengiringi wanita berusia 27 tahun yang ditahan.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan remaja lelaki ditahan kerana disyaki cuba menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.
Mereka ditahan secara berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 dan 28 Disember lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan pertama dilakukan ke atas wanita itu yang berusia 27 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan bekas penuntut institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang.
"Suspek terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS di Syria selepas menonton video propaganda kumpulan tersebut melalui Youtube dan berinteraksi melalui Facebook dengan seorang anggota kumpulan IS, yang dikenalinya sejak pertengahan November 2014," katanya.
Beliau berkata, suspek kemudiannya berkahwin dengan anggota IS tersebut yang merupakan warga negara Maghribi pada pertengahan Disember 2014 melalui aplikasi panggilan video, Skype.
Beliau berkata, lelaki itu telah memujuknya untuk menyertainya di Syria.
Khalid berkata, tangkapan kedua dilakukan ke atas remaja lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Terengganu.
Dia merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam di Perlis.
Beliau berkata, suspek juga terpengaruh untuk menyertai IS selepas menonoton video dalam Youtube dan berinteraksi dengan beberapa anggota IS melalui Facebook, yang merupakan warga negara Malaysia dan warga asing yang berada di Syria.
"Suspek merancang untuk terlibat dalam serangan bunuh diri di Syria," katanya.
Khalid berkata, kedua-dua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VI A-Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Dengan penangkapan terbaharu itu, polis telah menahan 51 individu rakyat tempatan yang cuba menyertai atau membantu kumpulan militan IS.- mStar

17 December 2014

Suspek Militan IS Warga Malaysia Ditahan Di KLIA



Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 10:21 AM
klia

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat tempatan yang dipercayai mahu berlepas untuk ke Syria bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid berkata, lelaki berusia 39 tahun itu cuba untuk pergi ke Turki selepas transit di Brunei.
"Suspek ditahan pada pukul 5.30 pagi tadi.

22 November 2014

Lagi suspek terlibat IS termasuk 2 perempuan ditahan


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua wanita dan seorang lelaki tempatan di sekitar Lembah Klang semalam kerana disyaki terlibat aktiviti kumpulan pengganas di Syria. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua suspek yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, berumur di antara 28 hingga 34 tahun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive