Showing posts with label pampasan. Show all posts
Showing posts with label pampasan. Show all posts

28 November 2014

Pampasan RM2.6 juta hanya dibawa ke Selcat jika semua pihak setuju

pada 28-11-2014 03:11 Ditulis Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic

SHAH ALAM: Kontroversi isu pampasan bernilai RM 2.6 juta melibatkan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) selepas selesai sidang DUN kali ini.
Namun menurut Speaker DUN Selangor yang juga Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh isu tersebut hanya akan disiasat sekiranya jawatankuasa yang lain bersetuju dan keputusan itu akan diumumkan ketika sidang DUN yang akan bermula pada Mac tahun depan. 
"Kami mempunyai peraturan tetap semasa sidang dewan berjalan jawatankuasa pilihan (Selcat) tidak boleh bermesyuarat.

16 June 2010

Suami mati dipukul Polis - Isteri dapat gantirugi RM90 ribu?


KUALA LUMPUR, 16 Jun — Suri rumah yang kematian suami akibat dipukul seorang konstabel, akhirnya mendapat pampasan sebanyak RM90,000 daripada pihak polis dan kerajaan.

Siti Rohana Mohamed, 27, mendapat pampasan itu selepas lima daripada enam defendan iaitu Ketua Polis Balai Polis Puchong, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis Negeri Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia bersetuju menyelesaikan kes saman RM2 juta di luar mahkamah terhadap mereka.

Peguam M. Manoharan yang mewakili Siti Rohana berkata kelima-lima defendan bersetuju membayar jumlah itu tanpa mengaku bertanggungjawab dalam insiden yang berlaku pada 26 Mei 2002.

Manoharan juga berkata pengurusan kes itu berhubung defendan pertama iaitu Konstabel Mohd Izwan Sahak, 28, ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Dalam samannya, Siti Rohana berkata suaminya Ramli Othman sedang menunggang motosikal bersama-sama Mohamed Fadelli Maulud ketika dipukul Mohd Izwan secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran pada kira-kira 1 petang, pada hari kejadian.

Beliau mendakwa tindakan Mohd Izwan menghayun kayu dan memukul kepala Ramli sehingga menyebabkan kematiannya adalah satu tindakan bersifat ganas, membuta tuli, berniat jahat, cuai dan dengan penuh niat untuk membunuh.

Siti Rohana juga mendakwa Mohd Izwan gagal memberikan apa-apa pertolongan cemas bagi menyelamatkan suaminya walaupun abang suaminya, Rahmad Othman, menjerit-jerit meminta pertolongan.

Oleh itu, beliau menuntut suatu deklarasi bahawa defendan telah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan serta suatu deklarasi bahawa defendan telah gagal atau enggan atau cuai dalam mematuhi Seksyen 20,21 dan 24 Akta Polis 1967.

Siti Rohana juga menuntut ganti rugi teruk atau teladan, ganti rugi khas berjumlah RM2,020,652.00 dan faedah yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pada 15 Okt 2008, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Mohd Izwan setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Ramli. — Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive