Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

09 October 2012

Pak Cik, izinkan saya berzina dengan anak pak cik ...

gambar sekadar hiasan

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

19 August 2012

".... dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka"

Dari catatan seorang teman... Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. saya tersandar seketika. 

Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Akibat pertikai kuasa Allah SWT

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

18 August 2012

Azab kerana bertattoo

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.

Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.

Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

31 July 2012

;Dikuburkan' di atas Kubah ini


Ini ada satu kisah menarik untuk dikongsikan...mungkin anda pernah membaca atau mendengarnya..mari kita recall bersama-sama...

02 June 2012

Kisah Nabi Musa dan Wanita Penzina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. 


Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk 
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”



“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.



“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

18 May 2012

Kemalangan di Lebuhraya LPT, 6 Mei 2012 : Cerita menyayat hati dari seorang saksi ...

Mungkin ada di antara kita yang ada terbaca mengenai berita kemalangan kereta Lancer di Lebuhraya LPT yang berlaku pada 6 Mei baru-baru ini. Di bawah, adalah kisah disebalik kejadian tersebut yang diceritakan semula oleh seorang saksi yang melihat sendiri kejadian dari sebelum, semasa dan selepas kemalangan tersebut berlaku.

Ia dipetik dalam laman www.ohtidak.com:-

"Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway LPT dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

25 February 2012

Kisah isteri solehan yang dimadu

Dahulu di Baghdad ada seorang laki-laki penjual kain yang kaya. Tatkala dia sedang berada di kedainya, datanglah seorang gadis muda mencari-cari sesuatu yang hendak dibeli. Ketika sedang bercakap, tiba-tiba gadis itu menyingkap wajahnya di sela-sela perbincangan tersebut sehingga laki-laki terrebut terkesima dan berkata, "Demi Allah, aku terpana dengan apa yang kulihat."

Gadis itu pun berkata, "Kedatanganku bukan untuk membeli apa-apa. Selama beberapa hari ini aku keluar masuk pasar untuk mencari seorang lelaki yang menarik hatiku dan bersedia menikah denganku. Dan engkau telah membuatku tertarik. Aku memiliki harta. Apakah engkau mahu berkahwin denganku? "

05 February 2012

Pengajaran : Dibelit ular sawa ketika ehem ehem ....

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

06 June 2011

"Saya dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina

KUALA NERANG: "Saya tidak akan percaya lagi dengan lelaki Indonesia, saya menyesal kerana dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina Abu Bakar, 30, ibu tunggal yang menderita selepas melarikan diri ke Lombok mengikut teman lelakinya dua tahun lalu.

Kepulangan Zarina di rumahnya kira-kira jam 1 pagi semalam, adalah hasil bantuan dan sumbangan penduduk setempat di Kubur Panjang, Pendang yang bersimpati dengan nasibnya sebelum sepakat mengumpul wang berjumlah RM3,000 untuk membawa balik ibu beranak empat berkenaan.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pai, di sini, semalam, Zarina turut menasihatkan wanita tempatan supaya jangan terpedaya dengan lelaki Lombok kerana kebanyakan mereka hanya berniat untuk memperdaya serta mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

"Jangan berkawan dengan lelaki Lombok kerana akhirnya akan menimbulkan masalah. Pada mulanya saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup, tetapi rupa-rupanya anggapan itu meleset," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive