Kompresor angin yang dihiasi reben merah merupakan hadiah hantaran unik untuk bakal suami pengantin perempuan ini.
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
10 June 2014
26 November 2013
13 juta tajaan perkahwinan Zain & Rozita Che Wan
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal bergelar suami isteri pada 11 Disember depan.
SHAH ALAM: Majlis Perkahwinan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendapat tajaan bernilai RM13 juta sekaligus disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti sepanjang 2013.
Syarikat barangan kemas Habib Jewels merupakan penaja terbesar sebanyak RM10 juta selain 27 pihak penaja lain.
Rozita, 40, berkata, dia tidak menyangka akan menerima tajaan perkahwinan yang begitu besar dan menganggapnya ia sebagai rezeki perkahwinan buatnya dan Zain, 29.
"Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya.
"Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu," katanya pada majlis sidang media pengumuman tarikah perkahwinan pasangan tersebut di Pusat Konvesyen Setia City di sini pada Isnin.
Antara penaja yang terlibat termasuklah Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photography, Manggis Production, Kad Lestari, dan Seri Catering.
Pasangan tersebut mengesahkan akan bernikah pada 11 Disember depan iaitu pada Rabu di Gazebo Setia City Convention Centre, di sini, selepas solat maghrib.
Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Pusat Konvesyen Setia City pada pukul 8 malam.
Bagi majlis berinai akan diadakan di Ngah Mahligai, dekat sini pada 10 Disember, pukul 8 malam.
Terdahulu, pasangan ini telah mengadakan majlis merisik di Carcosa Sri Negara pada 29 September lalu disaksikan seramai 60 orang tetamu.
Tambah Rozita, dia akan turut menerima wang hantaran sebanyak RM23,200 dan mas kahwin berjumlah RM9,300 selain cincin nikah bernilai RM93,000.
Beritahu pelakon drama Kiah Pekasam itu, selepas bergelar isteri kepada Zain, dia akan memperlahankan pembabitan aktiviti seninya kerana mahu memberi fokus terhadap keluarga dan perniagaan busana muslimah yang dijalankan sejak 2011.
"Selepas ini saya lebih selektif dalam setiap tawaran lakonan yang diambil dan hanya akan berlakon di sekitar Kuala Lumpur sahaja.
"Kiranya saya akan lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan dan keluarga," ujarnya.
Zain yang juga merupakan pelakon siri Oh My English pula berkata, dia berharap dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada anak-anak Rozita iaitu Ammar Effendi, 16 dan Aniq Ezra, 13.
"Selain itu saya bersama Ammar dan Aniq meminta Rozita supaya masakkan untuk kami setiap kali dia cuti daripada penggambaran," selorohnya.
Sementara itu, Astro Ria menerusi saluran 104 merupakan penyiar rasmi bagi majlis akad nikah dan persandingan.
09 October 2012
Pak Cik, izinkan saya berzina dengan anak pak cik ...
gambar sekadar hiasan
Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
26 July 2012
MENARIK : Tiada rogol dalam perkahwinan - Kelab Taat Suami
Kelab Taat Suami (KTS) berpendapat, istilah rogol tidak wujud dalam perkahwinan kerana isteri merupakan sumber seks halal kepada suami.Menurut presidennya Fauziah Ariffin, kelab itu menganjurkan kepada para isteri supaya berperanan sebagai penghibur kepada suami mereka, selain menjalankan tugas-tugas asas seperti menyediakan makan dan minum untuk suami dan ahli keluarga lain.
"Kalau begitu (wujud istilah rogol dalam perkahwinan) apa tujuan perkahwinan? Tujuan manusia berkahwin untuk halalkan apa yang tidak halal sebelumnya.
"Ia sebagai jalan keluar agar suami tidak buat jahat, berzina dan ke neraka.
"Kamu kata kamu cinta suami kamu tapi bila dia nak layanan kamu, kamu tak beri. Cinta apa?
"Kalau begitu (wujud istilah rogol dalam perkahwinan) apa tujuan perkahwinan? Tujuan manusia berkahwin untuk halalkan apa yang tidak halal sebelumnya.
"Ia sebagai jalan keluar agar suami tidak buat jahat, berzina dan ke neraka.
"Kamu kata kamu cinta suami kamu tapi bila dia nak layanan kamu, kamu tak beri. Cinta apa?
Subscribe to:
Posts (Atom)
