Showing posts with label potong kemaluan. Show all posts
Showing posts with label potong kemaluan. Show all posts

27 October 2014

Suami Kerat Kemaluan Teman Lelaki Isteri

alt
27 Okt - Seorang lelaki yang mengamuk selepas menemui isterinya mengadakan seks bersama lelaki lain di rumahnya, menikam mati wanita itu sebelum memotong kemaluan lelaki berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu menyerang isterinya yang berusia 20-an tahun dan teman lelakinya di atas katil sebelum melarikan diri ke kampung bersebelahan.

Jiran yang terkejut dengan jeritan teman lelaki wanita itu membawanya ke hospital dan kini dirawat di unit jagaan rapi dengan kawalan keselamatan ketat.

Polis turut melancarkan gerakan memburu si suami. - Agensi

16 July 2014

Marah hendak dicerai, potong kemaluan suami

KUALA LUMPUR - Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

"Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.

Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini hari ini.

Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive