KUALA LUMPUR, 28 April — Negara yang menyaksikan 16 pilihan raya kecil — jumlah yang sama dengan sepanjang tempoh 1986 hingga 1995 — tidak akan mengadakan pilihan raya kecil bagi peringkat Parlimen selepas hari ini melainkan jika ada keperluan khas untuk berbuat demikian.Ini termasuklah kerusi Parlimen Batu, yang disandang PKR, yang statusnya menanti keputusan mahkamah rayuan.
Mengikut perundangan negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil melainkan jika ada keperluan khas.