Showing posts with label serangan seksual. Show all posts
Showing posts with label serangan seksual. Show all posts

10 July 2014

Mangsa Serangan Seksual Di NZ Bersuara


Tania Billingsley ketika ditemuramah oleh saluran berita Channel 3 di New Zealand.



PETALING JAYA: Wanita yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh pegawai diplomat warga Malaysia di New Zealand mahu namanya didedahkan supaya dia dapat membantu menangani masalah keganasan seksual di negara itu.
Tania Billingsley, 21, berkata, dia bukanlah "orang yang berada di tempat kejadian" tetapi dia mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan mengenai serangan berkenaan.


"Ini kerana saya berharap dengan mendedahkan siapa saya dan bersemuka untuk meletakkan mangsa yang mendakwa membolehkan saya membantu menangani sebahagian isu berkaitan dengan keganasan seksual di negara ini," katanya dalam satu temuramah bersama saluran berita Channel 3 di New Zealand pada Rabu.

02 July 2014

Diplomat Malaysia akan dihantar ke NZ jika ada permintaan



Anifah Aman.
Anifah Aman.


PUTRAJAYA: Diplomat Malaysia yang disyaki terlibat dalam kes serangan seksual ke atas seorang wanita New Zealand akan dihantar ke negara berkenaan.


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, langkah itu akan diambil jika pihaknya mendapat permohonan daripada kerajaan New Zealand.

"Jika perlu dan ada permohonan daripada New Zealand terutama jika siasatan masih belum dijalankan sepenuhnya," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Anifah berkata, tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail, 38, bertugas sebagai pembantu kakitangan pertahanan berpangkat Pegawai Warran Dua di Kementerian Pertahanan.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Wellington menarik balik sekatan untuk mendedahkan identiti diplomat terbabit.

01 July 2014

Serangan seksual diplomat Malaysia di NZ - Sidang akhbar Wisma Putra hari ini


Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.

Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive