Showing posts with label NZ. Show all posts
Showing posts with label NZ. Show all posts

21 November 2014

Rizalman Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah New Zealand Hari Ini


Rizalman Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah New Zealand Hari Ini/Pic:NSTPRizalman Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah New Zealand Hari Ini/Pic:NSTPWELLINGTON: Bekas atase tentera Malaysia di sini, Muhammad Rizalman Ismail, 38, mengaku tidak bersalah di atas tuduhan cuba melakukan pencabulan di mahkamah daerah Wellington pagi ini dan memohon agar dibicarakan oleh juri.
Rizalman diekstradisi ke New Zealand bulan lalu selepas meninggalkan negara berkenaan mengikut kekebalan diplomatik selepas dihadapkan ke mahkamah Mei lalu.
Dalam perbicaraan hari ini, dia menafikan tuduhan memecah masuk ke sebuah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk mencabul kehormatan.
Beliau akan dihadapkan semula ke mahkamah Februari depan.

04 August 2014

Bila Malaysia akan serah Rizalman kepada New Zealand, soal akhbar

Akhbar New Zealand Herald pada Ahad mempersoalkan bila kerajaan Malaysia akan menyerahkan Muhammad Rizalman Ismail kepada negara itu untuk diadili selepas menghadapi dakwaan cubaan merogol seorang warganya.
Melalui ruangan pendapat editor, akhbar itu berkata, New Zaland menuntut penjelasan mengapa proses menghantar kembali pegawai waran II itu masih tiada sebarang perkembangan.
"Awal bulan lalu, Malaysia memberikan komitmen untuk mengembalikan Rizalman ke New Zealand dan berkata keadilan perlu ditegakkan.
"Namun, diplomat itu kemudiannya dimasukkan ke hospital tentera bagi menerima rawatan psikiatris dan dibebaskan lebih seminggu lalu. Namun dalam masa terdekat tiada tanda dia akan kembali ke New Zealand," kata akhbar berkenaan.
Kes itu menjadi topik utama media Malaysia dan New Zealand apabila Rizalman pulang ke Malaysia atas imuniti diplomatik walaupun dia ditahan pada 9 Mei atas cubaan merompak dan merogol.
Dia didakwa di mahkamah keesokan harinya.
Pada Ahad 6 Julai, hari Rizalman sepatutnya dihantar pulang, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata tarikhnya masih belum diputuskan kerana keadaan kesihatan mental dan emosinya masih dalam pemerhatian.
Penghantaran pulang Rizalman terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu selepas doktor mengarahkan satu lagi ujian psikologi ke atasnya kerana dia kelihatan mengalami masalah mental dan kemurungan.
Akhbar berkenaan berkata, Menteri Luar New Zealand Murray McCully dan pegawainya juga masih tidak memberikan sebarang kenyataan jelas tarikh sebenar Rizalman akan dihantar untuk dibicarakan di Welington.
"Adakah Rizalman kini cuba mendapat ekstradisi?" soal akhbar berkenaan.
Rizalman didakwa menyerang Tania Billingsley, 21, di kediamannya.
Mangsa mendakwa, suspek meninggalkan negara itu di luar kehendaknya dan dia merasakan pihak berkuasa New Zealand tidak bersungguh-sungguh dalam mengendalikan kesnya. – 4 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bila-malaysia-akan-serah-rizalman-kepada-new-zealand-soal-akhbar#sthash.438WzrxG.dpuf

10 July 2014

Mangsa Serangan Seksual Di NZ Bersuara


Tania Billingsley ketika ditemuramah oleh saluran berita Channel 3 di New Zealand.



PETALING JAYA: Wanita yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh pegawai diplomat warga Malaysia di New Zealand mahu namanya didedahkan supaya dia dapat membantu menangani masalah keganasan seksual di negara itu.
Tania Billingsley, 21, berkata, dia bukanlah "orang yang berada di tempat kejadian" tetapi dia mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan mengenai serangan berkenaan.


"Ini kerana saya berharap dengan mendedahkan siapa saya dan bersemuka untuk meletakkan mangsa yang mendakwa membolehkan saya membantu menangani sebahagian isu berkaitan dengan keganasan seksual di negara ini," katanya dalam satu temuramah bersama saluran berita Channel 3 di New Zealand pada Rabu.

02 July 2014

Wisma Putra: Rizalman akan dihantar balik ke New Zealand


Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengesahkan bahawa pegawai waran 2 Muhammad Rizalman Ismail akan diekstradisi ke New Zealand berkaitan tuduhan terhadapnya.

Anifah mengesahkannya kepada Malaysiakini melalui SMS petang ini.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik Rizalman ke New Zealand, untuk membantu penyiasatan terhadap tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive