Rizalman Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah New Zealand Hari Ini/Pic:NSTPWELLINGTON: Bekas atase tentera Malaysia di sini, Muhammad Rizalman Ismail, 38, mengaku tidak bersalah di atas tuduhan cuba melakukan pencabulan di mahkamah daerah Wellington pagi ini dan memohon agar dibicarakan oleh juri.
Rizalman diekstradisi ke New Zealand bulan lalu selepas meninggalkan negara berkenaan mengikut kekebalan diplomatik selepas dihadapkan ke mahkamah Mei lalu.
Dalam perbicaraan hari ini, dia menafikan tuduhan memecah masuk ke sebuah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk mencabul kehormatan.
Beliau akan dihadapkan semula ke mahkamah Februari depan.