02 July 2014

Diplomat Malaysia akan dihantar ke NZ jika ada permintaan



Anifah Aman.
Anifah Aman.


PUTRAJAYA: Diplomat Malaysia yang disyaki terlibat dalam kes serangan seksual ke atas seorang wanita New Zealand akan dihantar ke negara berkenaan.


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, langkah itu akan diambil jika pihaknya mendapat permohonan daripada kerajaan New Zealand.

"Jika perlu dan ada permohonan daripada New Zealand terutama jika siasatan masih belum dijalankan sepenuhnya," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Anifah berkata, tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail, 38, bertugas sebagai pembantu kakitangan pertahanan berpangkat Pegawai Warran Dua di Kementerian Pertahanan.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Wellington menarik balik sekatan untuk mendedahkan identiti diplomat terbabit.

Selain itu, Anifah berkata, diplomat itu kini disiasat daripada aspek kesihatan mentalnya.

Beliau berkata, jika didapati bersalah, pegawai kementerian berkenaan boleh didakwa di Mahkamah Tentera.

"Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa New Zealand untuk lakukan siasatan.

"Kes ini telah dilaporkan berlaku pada 9 Mei lalu. Pegawai ini telah bertugas selama setahun dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi di New Zealand,'' katanya.

Ekoran kejadian itu, kerajaan New Zealand juga menuntut supaya kekebalan diplomatik lelaki terbabit dibatalkan.

Diplomat tersebut turut dilaporkan sudah kembali ke Malaysia. - mStar

Kes serangan seksual di New Zealand: 
Mindef sokong tarik balik imuniti diplomatik



Kementerian Pertahanan (Mindef) menyokong tindakan menarik balik imuniti diplomatik pegawainya yang didakwa membuat serangan seksual terhadap seorang wanita di New Zealand pada Mei lepas, bagi membolehkan lelaki itu didakwa mengikut undang-undang New Zealand.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Mindef memandang serius tuduhan itu dan akan melakukan siasatan menyeluruh terhadap pegawai terbabit.
"Kami akan siasat dan bekerjasama dengan Kementerian Luar dan Kerajaan New Zealand dan akan memastikan mana-mana pegawai yang didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman yang setimpal," katanya kepada pemberita selepas taklimat Jawatankuasa Khas Kabinet berhubung insiden MH370 di Parlimen, hari ini.
Hishammuddin juga menegaskan Mindef tidak akan memberi perlindungan kepada mana-mana pegawainya yang didapati melakukan kesalahan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini yang dilapor berkata Wisma Putra sedia menarik balik kekebalan diplomatik pegawai tersebut yang dikehendaki oleh pihak berkuasa New Zealand.
Lelaki berpangkat Pegawai Waran II daripada Mindef yang dihantar bertugas selama setahun di Suruhanjaya
Tinggi Malaysia di Wellington itu ditahan polis negara berkenaan pada 9 Mei atas tuduhan cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita.
Bagaimanapun pegawai itu dikatakan menggunakan imuniti diplomatiknya daripada menghadapi tuduhan jenayah di sana dan telah pulang ke tanah air pada akhir Mei.
Wellington mahukan pegawai itu menghadapi dakwaan jenayah di mahkamah negara tersebut. – Bernama, 1 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-serangan-seksual-di-new-zealand-mindef-sokong-tarik-balik-imuniti-diplo#sthash.uAhs9lKc.dpuf

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive