26 September 2008

SELANGOR AKAN DAPAT MB BARU?

SEPT 26 — KETIKA Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha keras untuk memenuhi janjinya untuk menukar kerajaan, para pegawai kanan kerajaan negeri Selangor, terutama lantikan politik, juga sedang bersiap-siap untuk menerima hakikat kalau-kalau mereka terpaksa mendapat seorang Menteri Besar baru apabila kerajaan pusat yang baru terbentuk nanti.

Cakap-cakap di kalangan mereka kini agar ketara bahawa, mereka besar kemungkinan akan mendapat bos baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikatakan akan dibawa ke Pusat jika Anwar berjaya dengan projeknya.

Yang disebut-sebut akan menggantikan Khalid sebagai MB Selangor adalan Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang juga anggota Parlimen Gombak serta Adun Bukit Antarabangsa, Selangor.

Khalid dikatakan akan dilantik oleh Anwar untuk menjadi tanaga penting dalam kerajaan pimpinan beliau. Besar kemungkinan Khalid akan mengambil tempat Tan Sri Muhyidin Yasin (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) atau Menteri Kewangan. Ini kerana, Anwar dikatakan sangat mengambil berat tentang ekonomi Malaysia yang sedang bermasalah sekarang ekoran kegawatan ekonomi global kerana masalah yang dihadapi ekonomi Amerika. ... seterusnya DI SINI

- TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive