26 September 2008

TANGGUH AGM: KU LI KECAM, SIFATKAN 'PERMAINAN KANAK-KANAK"


KOTA BAHARU: Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengecam keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti yang menangguhkan pemilihan sehingga Mac depan dengan menyifatkannya sebagai "permainan kanak-kanak."

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang sebelum ini pernah menawarkan diri mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding jawatan Presiden berkata, beliau masih kekal dengan pendirian mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada Umno dan negara.
Tengku Razaleigh berkata, beliau tetap akan bertanding tidak kira bila pemilihan Umno diadakan.

"Kini kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai prasarana bertaraf dunia dan politik negara dunia ketiga dengan pemimpin-pemimpin menjadikan negara sebagai sebuah republik pisang," kata beliau pada sidang media di sini mengulas keputusan mesyuarat khas MT pagi ini.
Tengku Razaleigh yang pernah bertanding jawatan Presiden pada 1987 tetapi tewas di tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata: .... DI SINI

- mSTAR Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive