03 September 2008

SIdang Media 3/9

3.45pm DIKEMASKINI - Sebentar tadi satu sidang media telah dia adakan berkenaan pelancaran keadilan mooncake yang akan menjadi senjata halus di dalam menumbangkan kerajaan Barisan Nasional 16 September ini. Keadilan mooncake yang merupakan senjata halus untuk memantapkan perpaduan bangsa dijangkan akan menjadi satu senjata yang unik dan penuh mesej tersuarat didalamnya. Di samping itu turut sama di maklumkan mengenai perarakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka dalam masa dua minggu lagi.

Didalam sidang media tersebut juga di sentuh mengenai pelan pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini tetap akan di teruskan dan tiada tundaan akan di lakukan insyaAllah. Ini bukan soalnya mengenai 30 Ahli Parlimen tersebut namun ini merupakan agenda seluruh rakyat Malaysia.

Turut sama di disentuh mengenai tindakan Dato Seri Najib seolah melindungi anak buahnya dengan memohon maaf bagi pihak anak buahnya. Ismail yang juga memegang jawatan ketua bahagian UMNO baru baru ini mengeluarkan kenyataan seolah menghina bangsa Cina khususnya.

Apa yang di kesali seharusnya Ismail harus tampil bagi memohon maaf secara terbuka dan memberi penjelasan terhadap isu ini. Bolehkah rakyat memaafkan penghinan yang ditaburkan hanya melalui satu permohonan maaf yang di kemukakan wakil ? Malahan mereka pernah membuat pekara yang lebih teruk dari itu dengan mengelarkan Anwar Ibrahim dengan ” Kabinet Barisan BABI ” lihat sahaja risalah yang diedarkan. Seharusnya seluruh jentera mereka tampil untuk memeohon maaf serta menginsafi perbuatan tersebut dan tahu pengertian sebanar memohon maaf.

Kita bukan mahu perbesarkan isu ini namun di harap Ismail sendiri dapat memohon maaf dan menyedari kesilapan beliau serta tampil ke hadapan. Ia sebenarnya merupakan satu proses dalam membentuk serta memperbaiki kelemahan diri kita. Pihak Barisan Nasional juga di harap dapat menghentikan modal perkauman mereka yang hanya mendatangkan kemudaratan di negara ini. Kita di negara Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Sentimen perkauman yang di gunakan hanya akan mengundang kemarahan malahan perpaduan serta keharmonian di negara ini akan musnah.

Dapat di lihat dengan jelas Parti Barisan Nasional seolah kekontangan idea apabila hanya pandai mengulas mengenai isu perkauman yang di bawa mereka.

Walaubagaimanapun tindakan Barisan Nasional ini memberi ruang kepada kami Pakatan Rakyat untuk merialisasikan pembentukan kerajaan pada 16 September ini. Di fahamakan ada ura-ura mengenai Parti komponen MCA yang juga mula mengalih perhatian untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar Pakatan Rakyat.

Kita dengan ini mengalu-alukan kedatangan mereka untuk menjadi sebahagian besar dari keluarga kami. InsyaAllah penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini tetap akan di teruskan seperti yang di rancang dan di harap semua masyarakat bersatu dalam merialisasikan hasrat ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive