Malam tadi kami dihubungi salah seorang penyelaras di Pejabat Parti Keadilan Rakyat yang memaklumkan satu berita yang boleh di kira mengejutkan dan membuat saya tertanya-tanya apa agenda sebenar yang bermain di fikiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dimaklumkan bahawa satu sidang media tergempar akan di adakan pagi ini 3 September, rabu jam 11.00 pagi dan yang akan di hadiri oleh kesemua pimpinan tertinggi. Apa yang lebih mengejutkan saya apabila ketua pembangkang yang baru itu sendiri seperti ingin menyampaikan sesuatu info kepada media.
Sejurus mendapat maklumat tersebut saya tertanya-tanya adakah ia berkaitan penukaran kerajaan baru kerana 16 September ini semakin hampir malahan sejak kebelakanagan ini semakin kerap pertemuan di adakan bagi membincagkan penubuhan kerajaan baru. Adakah sidang media ini bagi membicarakan agenda berkaitan parti ? Ataupun bagi mengulas isu semasa ?
Walau apa sekalipun di harap info ini merupakan satu berita gembira untuk kita semua.
Saya yakin pelbagai spekulasi yang di buat serta bermain di fikiran kita.
Nantikan berita selanjutnya…
No comments:
Post a Comment