12 September 2008

Wartawan Sin Chew ditahan - Mangsa kedua ISA hari ini


Sep 12, 08 9:47pm

Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan hari ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau merupakan orang kedua ditahan hari ini di bawah ISA yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Difahamkan, Tan telah dibawa ke ibupejabat polis Pulau Pinang.

Tan telah melaporkan bahawa pemimpin Umno, Datuk Ahmad Ismail didakwa berkata bahawa kaum Cina Malaysia "menumpang" di negara ini.

Laporannya itu telah mencetuskan kontroversi dan bantahan di seluruh negara, menyebabkan Umno telah mengantung Ahmad selama tiga tahun, dalam satu menyuarat khas Majlis Tertinggi parti itu Rabu lalu.

Tiga hari lalu, Sin Chew telah mempertahankan Tan, yang didakwa oleh Ahmad telah menyalahlaporkan komennya itu.

- malaysiakini

MS: Ini yang dikatakan pelik bin ajaib dalam kerajaan bn sekarang ni. Orang yang membuat kenyataan terlepas (sebab orang umno lagi samseng) tapi yang melapurkan nya pula ditahan. Semakin tak faham aku keadaan politik sekarang ni. Korang macamana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive