28 October 2008

BALA HUBUNGI KELUARGA SEMPENA DEEPAVALI - malaysiakini


KUALA LUMPUR - Penyiasat persendirian kontroversi, P. Balasubramaniam sempat menghubungi keluarganya kelmarin sempena Deepavali walaupun kini bersembunyi di luar negara.

Anak saudaranya, R. Kumaresan berkata, setelah agak lama tidak berhubung, Balasubramaniam berbuat demikian pukul 10 malam kelmarin untuk bertanya khabar sempena sambutan hari Deepavali.

"Kami semua amat sedih kerana tidak dapat menyambut Deepavali bersamanya kerana dia masih berada di luar negara.

"Dia sempat berpesan menjaga diri dan ibunya di kampung," katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, Balasubramaniam mencetus kontroversi apabila membuat akuan bersumpah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua menarik balik dakwaannya itu.

Pada 3 Julai lalu, dia dilaporkan hilang bersama keluarganya -- KOSMO

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive