05 April 2009

Ku Yie - Janda Najib Razak




Oleh Mohd Sayuti Omar
SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Sem
uanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'

Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-mas
ing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.

Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.

Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.

Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!

Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.

Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.

Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?

Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?

Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib. Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.

Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.

Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.

Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.

Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.

Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.

38 comments:

Kelana said...

Baru lah sy tau cerita sebenarnya

Anonymous said...

X sabar nak tau kisah sebenarnya. Memang patut semua org tahu ttg kisah suka duka Ku Yie dan sifa sbenar Pm kita. benar juga, dengan itu, baru la lengkap kisah Pm kita utk i bukukan. manusia di dunia tidak ada yg sempurna.

Anonymous said...

tanya skit.... kenapa nak sibuk2 tau pasal rumah tangga org lain????

mosabit said...

aii?? tanya pun tak boleh?....
mana agaknya ku yie sekarang ni yer?...sihat ker dia?...
teringin juga nak menemuinya bertanyakan kisah lampau...

Anonymous said...

tak de modal lain ke. baik le kau cerita pasal emak bapak atau adik beradik kau sdri barulah glamour sikit.

Anonymous said...

cerita mak bapa tak syok sebab kita dah tau.cerita najib kita mesti tau sebab dia Perdana menteri kita,banyak org cerita keburukan najib tapi kami tak tau.Klu najib tu jahat sangat malunya aku org melayu dpt PM perangai saitan.PM ini utk semua rakyar Malaysia jd wajid kita ambil tau,klu dia betul penyamun, nampaknya Bala H1N1 tak habis pas ni tak tau bala apa lagi.aku hairan pendana Menteri Malaysia dri Mathir,Pak Lah dan Najis semuanya perompak duit rakyat.tlg Umno perompak jawab ?

Anonymous said...

cerita mak bapa tak syok sebab kita dah tau.cerita najib kita mesti tau sebab dia Perdana menteri kita,banyak org cerita keburukan najib tapi kami tak tau.Klu najib tu jahat sangat malunya aku org melayu dpt PM perangai saitan.PM ini utk semua rakyar Malaysia jd wajid kita ambil tau,klu dia betul penyamun, nampaknya Bala H1N1 tak habis pas ni tak tau bala apa lagi.aku hairan pendana Menteri Malaysia dri Mathir,Pak Lah dan Najis semuanya perompak duit rakyat.tlg Umno perompak jawab ?

Anonymous said...

memang pun...bala Hishamuddin 1 Najib 1 (H1N1)..

Anonymous said...

ni serang peribadi..

PAKCIK said...

jangan ada niat lain..

tidak baik untuk semua...itu adalah peribadi najib..

jangan libatkan bekas isterinya yang tidak terlibat dalam politik..

Anonymous said...

tak payah lah nak sibuk pasal najib. tu si anwar ibrahim tu bila nak angkat sumpah laknat untuk nafikan dia liwat saiful. saiful dah angkat sumpah, anwar bila lagi??? ker memang betul anwar ada liwat saiful???? kesian aku tengok orang-orang pas yang membuta tuli jadikan anwar ibrahim sabagai pemimpin nombor wahid mereka sampai sanggup ketepikan ulamak. lebih baik kita rungkai sama ada betul atau tidak anwar ada liwat saiful??? sekurang-kurangnya dapat sedarkan orang-orang pas siapa sebenarnya pemimpin nombor wahid mereka tu... kalau anwar tak liwat kenapa dia takut nak angkat sumpah??? kalau saiful buat fitnah kenapa saiful berani dan sanggup angkat sumpah??? bukan ker berani kerana benar dan takut kerana salah. oohhh lupa yang anwar ibrahim tak angkat sumpah sebab ulamak bapak dia kat luar negara yang tak bagi dia angkat sumpah. kah..kah..buat-buta orang-orang pas kena tipu dengan si anwar maksum tu.

Unknown said...

salam....hai melayu,tak habis-habis dengan sifat cemburu gila babi tu....cerita rumah tangga pun nak orang sibuk nak cungkil....kene kat rumah tangga si pencungkil nie barulah tahu.....macamlah lah PEMBANGKANG PENGKHIANAT tu baik sangaat....jadilah satu cerita, Melayu Yang Bodoh Seperti PEMBANGKANG nie Menjadi patung kepada org2 kapir yang nak menjatuhkan agama ISLAM.....INGAT PEMBANGKANG TU BAIK KE????Sorng Di Gelar TOK GURUlah Konon....Tapi Mengkapirkan Orang....Macamlah dia tu tuhan.....sorang lagi dah meliwat orang....pastu tak mengaku...PENAKUT punya DSAI....dasar peminpin PR(PAS,PKR,DAP) semuanya PENIPU RAKYAT.....Sedih Melihat penyokong2 PR semuanya ikut jek kate peminpin yang tak beul tu....kesiahan.....kesihan PR...

Anonymous said...

Bagi saya Ku Yie lebih layak dipanggil Wanita pertama dan bukan Rosmah.
Kalau dibandingkan diantara kedua nya Ku Yie rasa saya lebih anggung berbanding dengan Rosmah.
Kalau boleh dapatkan gambar terkini Ku Yie dan dipaparkan didalam blog ini atau blog-blog yang lain. Biar rakyat menentukan siapa yang lebih layak dipanggil Wanita pertama dsbnya

MANSOR JUNUS said...

Najib memanglah memiliki banyak rekod kurang sedap didengar, kebanyakannya ramai rakyat sudah maklum. Cuma atas sebab dia orang no.1, maka tidak dihebohkan. Memanglah dia kurang kelayakan untuk berada di tempat itu. Tetapi duit dan kuasa boleh merialisasi segala hasrat. Cerita Ku Yie ini elok juga didedahkan supaya rakyat lebih tahu tentang wajah2 pemimpin mereka. Sehingga kini beliau ternyata PM yang paling teruk. Banyak kerja dia kena buat kalau nak pulih imej.

Anonymous said...

Tidak di terakan cerita Najib yang dihantar keluar negara setiap kali menjelang peperiksaan LCE dan MCE ketika di St Johns Bukit Nanas.. Tidak diserita akan Najib yang tak habis belajar tak sempat dapat degree?
Masa sekolah Najib ni tak lah pandai sangat. Tony Fernandez lagi hebat.

Napa tak nak cerita Najib kena kantoi di Port Dikson dengan artis? Nasib baik Iso Samad dapek cilok dan selamatkan Najib.
So Bagan Pinang, mosti beri pado Iso, balas jaso? Iso juga bokorban jadi mangso politik wang (Politik melindungi Najib sbenarnya)

Anonymous said...

cerita mlm pertama dan terakhir terlalu peribadi...............

Anonymous said...

Sebenarnya orang politik ni sama je. Kalau Najib ada political baggage, DSAI sebagai pembangkang pun sama je. Kalau kata Najib tu jahat, DSAI pun lebih lagi. Kes salah guna kuasa masa jadi TPM dulu pun ada. Maka dicerita la pulak sebab dia dah masuk penjara dulu dia dah berubah...pigidahhhh. Dia la yang mula politik wang dulu sampai Tun Ghaffar tarik diri dari pemilihan UMNO dulu. Cakap jer berdegar degar, berkokok jer lebih, ekor penuh taik!!!!

Anonymous said...

Bukan serang peribadi, ini makhlok umnongok lantik jadi piem, kalau dia ni sipencacai umno, tak kuasa nak ambil tahu. Dah awak mula cerita kisah hidup dia,cerita lah semua sekali, ini tidak, suka sangat memesong fakta bertujuan untuk menipu 1Malaysia tapi kalau tak menipu tak layak pulak jadi umnongok.

Qaseh Bonda said...

Pesan orang tua2...jangan buang tunggoi...jodoh pertama pilihan Tuhan...kawinlah dua tiga pun asalkan mampu..tapi tunggoi jangan buang..

Lihat sekeliling pada yang buang tunggoi...tak munkin bertemu damai lagi..

Anonymous said...

sibuk sgt dengan hal peribadi najib. klu berani masukkan skali peribadi anuar ibrahim yg ko sanjung tu. nak tgk mana yang lebih terkutuk perangainya. haha

Anonymous said...

KALAU BUKU TU KELUAR,,SAYA AKAN PASTIKAN SAYA ORANG PERTAMA YANG AKAN MEMBELINYA,,,,,

Anonymous said...

CEPAT-CEPAT KELUARKAN BUKU NI. AMBO NOK BACA.

Anonymous said...

yang korang nak tau sangat pasal janda najib nih naper..?nampak sangat korang nie kurang ilmu agama. Jangan kata Najib pembawa BALA..macamana dengan KELANTAN yang selalu banjir tuh..bukankah KELANTAN digelar SERAMBI MEKAH..patutnya mendapat lindungan ALLAH..tapi sebab pemimpin negerinya seorang yang MEMECAHBELAHKAN UMAT pasal tuh KELANTAN selalu banjir (BALA DARI ALLAH). NABI benci orang yang memecahbelahkan UMAT. Korang jangan ambil mudah bende nih..aku taknak tergolong dalam golongan PAS yang memecahbelahkan UMAT nih. JUAL AGAMA DEMI KEPENTINGAN PERIBADI. Nak Amal Agama Tunggu NIK AZIZ jadi PM, nak pi sembahyang jemaah pun tunggu PAS memimpin.apa punya BODOH ler manunsia yang macam nih..

Anonymous said...

QASEHBONDA yang BODOH..sapa ajar ko isteri pertama pilihan tuhan..nenek ko ler tuh..pasal dia takut jadi janda..kalo isteri tua cam SIAL, sokong PAS, asyik dengar ceramah MAKI HAMUN PAS..cam tuh ker nak buat bini..kawen ngan BABI lagi baguss..tak kira laki ko kAWEN 3 ker 4 ker..yang pasti sumer tuh dah masuk takdir manusia..apa punya BANGANG ler penyokong PAS nih..lebeh percaya cakap manusia dari tuhan..pasal tuh PENYOKONG PAS nih lebih percaya cakap NIK AZIZ "ore tu kepe" dari cakap NABI "JANGAN MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM LAIN"..

Anonymous said...

saya tertarik dengan isu kelantan yang selalu banjir, nape nak dikaitkan biah (persekitaran tempat) dengan bala. U ni baru sampai kat Malaysia ke atau memang betul-betul BODOH. dah sunnatullah macam tu nak buat macam mana. dah memang taburan hujan macam tu kat kelantan bila hujung tahun, tak ada kena mengena dengan bala. saya bagi contoh negara yang ada gunung berapi, adakah itu dinamakan bala apabila gunung tersebut meletus.tentu sekali tidak kan kerana memang gunung berapi akan meletus bila tiba masa nya. tu la nak menunjukkan betapa MAHA AGUNGNYA Allah s.w.t. ni la bila orang bodoh sombong berhujah. "sesungguhnya kebanyakan penghuni neraka jahannam itu banyak dikalangan jin dan MANUSIA, mereka ada hati, tapi tak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), mereka ada mata tapi tak melihat (kebesaran Allah) dengan mata tersebut, dan mereka ada telinga, tetapi tidak mahu mendengar dengannya (kalimah-kalimah Allah), mereka ini seperti BINATANG, bahkan lebih teruk daripada BINATANG". ni bukan sumpah seranah saya, tapi Allah yang kata. jangan kata saya mencarut pula. harap-harap faham la sebab dah tua bangka, rumah kata pi, kubuq kata mai

Qaseh Bonda said...

Siapakah yang tidak bernama pada 13.12.2009.

Tak de siapa yang ajar saya jauh sekali tok saya yang dah lama meninggal sejak saya masih kecil lagi.

Quran kata bukan saya yang kata...perempuan yang baik untuk lelaki yang baik juga dan begitulah disebaliknya.

Kalau dapat bini sial tanda lelaki tu pun sial juga. Tuan juga kena ingat tak de istilah sial dalam Islam.

Jadinya kena pakat2 perbaiki mana yang tak baik...bergegar Arasy bilamana berlaku perceraian pun begitu taklah berdosa kalau dah pilih jalan tu cumanya sabar tu tanda tuan orang yang bertaqwa.

Tak yah lah nak marah2 sampai ke Nik Aziz pulak...saya pun tak jadi lagi ahli PAS ni, jumpa Tok guru pun tak pernah.

Orang yang suka marah ni tandanya kurang kasih sayang...buruk sangka lagi bahaya.

Salam tahun baru dan salam kasih sayang dari Qaseh Bonda.

Qaseh Bonda said...

Merujuk lagi pada yang tak bernama 13.12.09.

Jangan bicara soal bala dan hukum Allah...kalau kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga..

Nak tegur orang kena cara berhemah...inikan pulak berselindung disebalik tidak bernama...tentunya tidak juga bernyawa.

Jika tuan orang yang berilmu, tak payah nak marah2 di ruang maya...
Solat hajat tiap2 malam minta petunjuk...

Tak payah nak membenci orang tak pasal2...hak mereka menyalurkan pandangan ikut cita rasa masing2...
Yang Emo sangat ni kenape ye!!!

Hidup baru setahun jagung...usah diperlekehkan jika benar tuan sendiri yang kata itu serambi mekah.

Cuba renung baik2...saya yang bukan rakyat kelantan pun tumpang gumbira ada lagi negeri melayu yang orang melayu pakat2 hidup sejahtera dalam kesederhanaan yang nyata. Cina yang bukan Islam pun bahagia di Kelantan..

Cuba tuan jijak kelantan...waktu senja,tiada urusan jual beli...tutup ala kadar bagi memenuhi tuntutan Ilahi...sapa berani curi????

Cuba buat di luar dari kelantan??
Depan mata pun kena sapu inikan tinggal untuk sembahyang.

Sepatutnya kita kena hidp mencontohi kelantan...cukuplah ala kadar kemajuan kita setanding dengan negara yang ciput ni saja..
Tak yah nak gah satu dunia...
Orang tak heran punnnn...

Ukur baju di badan sendiri!!!

ady said...

qaseh bonda....nak ikut cara kelantan macam mana?????? semua anak2 kelantan cari makan luar dpd kelantan terutama sekali di kl.... kita tak ditegah utk memajukan diri..negeri..negara...org yg tak mau memajukan diri..negeri..negara adalah org yg mentaliti rendah.... bab agama itu terletak pada diri sendiri..bukan mendemotrasi sana sini nak memperjuangkan agama padahal diri sendiri dgn allah pon byk kurang.... di msia ni bukan kena sorok2 utk menegakkan islam ..kita hidup aman dgn agama kita...asik nampak silap org saja tapi silap sendiri buat tak tau ...islam apakah namanya itu...

Anonymous said...

Qaseh bonda~ x blh nak ikut cara kltn spenuh nyer..wing~ ;)
nak kata kjaan btul spnuh nyer xblh gak..nak kata pas betul spnuh nyer x blh gak..coz mane blh kata kltn tu serambi mekah..klu kltn tu serambi mekah..mcm tu senang je laa org msia ni nak wat haji..p je kltn wat tawaf dkt kota bharu tu tu trus dpt haji..wing~ ;)
sbanr nyer dlm islam betul kite dituntut bersederhana..tp jgn lupe..dlm islam sdiri suh kite sentiasa berubah spy lbh maju..tink~ ;)
jd dlm kidupan serba canggih skrng ni..elok laa kite lwn ngr2 asing dkt luar sane..tunjukkan dkt dia org bhw ngr islam sdiri setanding dgn ngr dia org tu..xda la org pndang rndah dkt islam sdiri..bile kite kuat n setanding dgn dia org..org pun hormat..Wing~ =)
jd kite same2 warga ngr ni..pelihara la keamanan ngr kite nu..ingat kite perlu jd wargangr bkn hamba.. ;)

ting tong..~ =)

Unknown said...

... anak pertama najib nama Nizar makna nya berkenan jugak najib dengan nama Nizar, tak heran lah nanti kalu MB Perak 9.30 ni nanti Dt Nizar...

tupingera said...

Mengapa tak tanya Goh Soon Sin (anak Goh Lai Huat) dari Alam Timor Sdn. Bhd. siapa najib?

Anonymous said...

ala.. kata nk buat cerita tentang kehidupan najib dan nk dibukukan... ape salahnya.. nk masukan cerita ku yie.. isteri pertama dan janda najib.. die kn pernahjadi sebahagian hidup najib.. 10 tahun tu..

nie ape kes yang duk melalut byk sgt nie... maki hamun.. main-main agama..

BN pun BN gak.. nk sensitif sgt tentang najib nie pasal ape.. da cite tntng datin rosmah ade.. x kn ku yie.. xde kut..

klu nk bercerita tentang tuan guru nik aziz nie.. kne la thu tentang die. sejarah hidup die pun da dibukukan pun.. baca je la...
hint: ulama yang menegakan islam dunia.. ranking 45 dari 500 ulama yg tersenarai.. pikir2 kan la.. klu nk kutuk die pun..

tidak akan terjadi sesuatu perkara tanpa keizinan dan kehendak tuhan..
kita x melangkah walaupun selangkah dan x kn bernafas walau hanya senafas.. sekiranya tanpa keizinan dari tuhan..jadi bersyukurlah dengan nikmat yang ada.

kita x perlu kemajuan lagi untuk hidup kerana kerosakan akhlak dan kurangnya didikan agama semakin menjadi-jadi.. jadi apa yg kia perlukan adalah agama.

"membangun bersama islam"

org lama said...

ROSMAH PUAKA AKA MASTER OF C4 1MSIA IALAH MAKHLUK YANG BERTANGGUNG JAWAB DI ATAS PENDERITAAN TG.ZAINAH. MAKHLUK PUAKA INI TELAH BERJUMPA BOMOH UNTUK MEMPORAK PERANDA RUMAHTANGGA NAJIB MONGOLIA DAN MENGENAKAN SIHIR TERHADAP NAJIB MONGOLIA BIAR TUNDUK PADA ARAHAN BELIAU DAN SIHIR UNTUK BUAT TG.ZAINAH JADI SAKIT JIWA.

UTK MAKLUMAN 70 PERATUS RAKYAT N.SEMBILAN TIDAK SUKA DAN BENCI KEPADA ROSMAH@C4 !!!

Anonymous said...

alah citer keturunan sultan johor pun ada dlm internet. bersepah lg. tk heran pun. pesal bila nak cite psl najib jer, ramai org meroyan. tanyalah ziana zain, artis milik rakyat ttg mlm pertama dia dgn najib kd pd. hahahahha

Fatimah said...

nape kau nak korek yang lama lama . mike wartawan yg di bayar

Anonymous said...

siapa yang tutup keburukan saudaranya di dunia, Allah akan tutup keburukannya di akhirat nanti. Siapa yang buka keburukan saudaranya didunia, Allah akan buka keburukannya di akhirat

Anonymous said...

ku yie gila meroyan...tu yg najib xnak tu wey.....rosmah si gila botox tu plak sanggup tinggalkan anak and laki gara2 nak kejar harta...maklum ar dia kan org miskin kedana..

Anonymous said...

Puteri Nurlisa kawan sekolah i di Convent Bukit Nanas...masa sekolah kami menyambut anniversary ke 100 tahun...Najib dijemput sebagai tetamu kehormat merasmikannya...Puteri yang kebetulan adalah salah seorang pengawas sekolah kami...diberi tanggungjawab memakaikan ayahnya bunga...jelas sangat Puteri tak suka kat ayahnya...cepat2 je dia pakaikan bunga kat coat ayahnya...dan nampak sangat pada mukanya dia memang tak suka ayahnya...maybe dia berdendam...sebab Najib ceraikan ibunya...Puteri Zainah untuk menikah dengan si rosmah 24 juta...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive