19 May 2009

PRK PENANTI : Apa kata Pembodek Najib

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan berpendapat keputusan itu bijak."Pilihan raya kecil di Penanti ini adalah satu pilihan raya ciptaan dan bukannya disebabkan kematian wakil rakyat dan BN tidak seharusnya mengikut rentak pembangkang.
Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata pihak Umno negeri menyokong dan hormat kepada keputusan pucuk pimpanan.
Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata, "Tindakan BN (tidak bertanding) adalah bijak kerana ia tidak mengikut gendang paluan pembangkang yang membazirkan wang rakyat seperti kos Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis dan lain-lain".
Khairy Jamaluddin berkata BN tidak perlu "menari mengikut rentak" pembangkang dalam menghadapi pilihan raya tersebut.
Itu lah antara respon dari tindakan najib untuk tidak meletakan calon di PRK Penanti
Dah big-bos kata tak nak bertanding, dah tentu lah anak buah pasti ikut demi untuk masa depan politik masing-masing. Tak akan ada seorang pun yang akan berani menentang. Cuba lah kita perhatikan, ada sesiapa dikalangan pemimpin UMNO BN yang mengatakan sebaliknya dari awal dulu lagi sebaik najib mengeluarkan kenyataan yang mengatakan BN mungkin tidak akan meletakan calon di PRK Penanti, kecuali Mahadet dan Samy Vellu. Dua orang ni boleh kata apa saja, sebab mereka bukan lagi dalam kelompok pengampu najib yang masih mengharapkan masa depan.
Pembaziran wang rakyat diambil sebagai sebab untuk tidak menyertai PRK Penanti. PRK Penanti hanya lah permainan pembangkang. Jangan diikut rentak pembangkang. Itu lah kenyataan demi kenyataan dari UMNO BN.
Selepas lima PRK - bermula dengan Pmtg Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Aii - yang berkesudahan dengan BN kalah hampir semua PRK, kecuali di Batang Aii, UMNO BN sudah mula merasa kepanasan akan kebangkitan rakyat. Kalau dulu BN UMNO mungkin "terlena" dibuai mimpi sokongan, tapi terjaga selepas lima PRK diatas.
Mereka terjaga setelah mendapati UMNO BN kini sudah ditendang rakyat. Sudah tidak relevan lagi. Sudah tidak diterima lagi. Jadi daripada malu dikalahkan, lebih baik jangan disertai PRK Penanti ini. Najib akan malu besar sekali lagi sekiranya BN meletak calon nya, tak kira siapa, kalah sudah pasti.
Kini pemikiran rakyat sudah berubah. Tanya lah anak-anak muda sekarang, apakah UMNO masih menjadi pilihan utama mereka? Jawapan nya TIDAK. Mereka lebih rela menyertai PAS atau PKR. Suatu fenomena dimana tidak kedapatan diera 80an atau 90an dahulu.
Pemerintah telah dapat menghidu situasi yang paling ditakuti ini. Mereka tahu yang UMNO bukan lagi pilihan utama rakyat kini. Ditambah dengan pelbagai kemelut dan masalah samada dalaman UMNO sendiri, rasuah, kenaikan harga barangan, ketidakmesraan pemimpin-pemimpin UMNO terus menghantui rakyat.
Walau pelbagai program slogan yang diperkenalkan seperti 1Malaysia, tapi bagi raykat bawahan, mereka tidak memahami apa itu 1Malaysia kerana mereka tidak mendapat apa-apa kesan langsung dari program-program yang diperkenalkan.
Jadi, satu bentuk pemerintahan baru diperlukan. Pemerintahan yang dapat menjamin rakyat bawahan menerima kesannya. Selepas 50 tahun UMNO BN memerintah, keadaan tetap sama, yang kaya akan menjadi lebih kaya, yang miskin terus menerus dalam kemiskinan mereka.

1 comment:

Prof. Era Pasca said...

hahaha nanti masa nak umum perletakan tempat paklah kate la ini PRK buatan sebab bukan sebab kematian... hahahaktui...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive