KISAH BENAR 11 TAHUN LALU
"Dataran Merdeka 2.00 petang" itu lah notis kecil yang diterima setelah keluar dari masjid selepas selesai solat Jumaat 18 Sept 1998. Berita ini akan disebarkan melalui kenalan. Blog sudah semestinya lah belum lagi wujud seperti sekarang. Jadi perkhabaran ini akan disampaikan dari mulut ke mulut saja.
Bagi yang telah faham dengan nota kecil yang diedarkan, tahu lah bahawa akan diadakan perhimpunan REFORMASI pada jam 2 ptg Sabtu 19 Sept bertempat di Dataran Merdeka.
Era Reformasi - hampir setiap hujung minggu akan diadakan perhimpunan Reformasi disekitar Dataran Merdeka/Masjid Jamek KL. Semua ini berlaku setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dipecat oleh mahazalim mahathir pada 2 Sept.
Masa itu aku tinggal di Pandan Jaya - walaupun dekat antara Pandan Jaya dengan Dataran Merdeka, tapi macam biasa la jalan akan sesak, aku dah tak ingat samada ada "road block" atau tidak. Jadi aku ambil saja LRT dari Pandan Jaya ke Masjid Jamek.
Turun saja LRT di Masjid Jamek dah ada sorang "brother" datang bisik, "bang depa dah kepong Dataran ... pindah ke Masjid Negara" katanya.
Sah Dataran Merdeka dah di pagari FRU. Melalui Dataran aku melewati Dayabumi terus ke Masjid Negara. Rupa-rupanya dah bersesak di Masjid Negara (MN). Aku mencelah diantara ramai-ramai tu untuk ke tempat yang lebih selesa. Sebenarnya aku pun tak tau apa aktiviti sebenar petang itu. Sekadar menunggu apa yang bakal dilakukan oleh "kepala" nanti, aku ikut sajalah. Kelihatan polis trafik berkawal dijalan berdekatan, polis GD juga ramai.
Program petang itu dimulakan oleh ucapan seseorang yang aku tak kenal dihujung balkoni masjid. Maklum aku bukan dari mana-mana parti politik pun. Bukan PAS atau UMNO. Kalau mahathir, dsai atau TGNA atau pak lah aku kenal lah. Selepas itu terdengar jeritan Hidup Anwar ...... takbir ..... re fo ma si ... berulang kali.
DSAI dengan di temani DSWA berada di balkoni masjid (gambar di atas). DSAI berucap. Aku tak dapat ingat butir-butir ucapan nya, tapi pokok nya menghentam mahathir atas apa yang dah mahathir lakukan terhadap beliau. Memecat DSAI atas tuduhan liwat.
Selesai ucapan terdengar laungan "kita ke Dataran" ...
Perlahan-lahan bagaikan alunan ombak kami bergerak .... melalui Jalan Sultan Hishamuddin di hadapan Dayabumi, kedua-dua arah jalan dipenuhi oleh reformis. Kami terus ke Dataran Merdeka ... Aku tak tau siapa di hadapan dan siapa dibelakang ... untuk apa ke Dataran aku juga tak pasti tujuan nya ... Sesampai nya kami di Dataran, FRU yang sebelum ini memagari padang dataran telah hilang entah ke mana ??? ... bersambung
STONE: Kalau ada sesiapa yang terlibat sama dalam perhimpunan petang Sabtu 19 Sept ini boleh lah berkongsi cerita disini.
2 comments:
Sikap perkauman sangat penting demi mengekalkan kuasa politik melayu/Islam.
Sikap perkauman dikalangan kaum cina dan india sangat tebal dan kukuh, itu sebab mereka boleh hidup senang dan maju di mana2 sahaja di muka bumi ini.
Sikap perkauman cina boleh disama kan dengan bangsa yahudi.
Kaum cina sangat bijak 'menyamarkan' sikap perkauman mereka sehinggakan sukar bagi melayu yang bodoh mengesan nya.
HIDUP PAKATAN RAKYAT PERCAYALA UMNO AKAN TUMBANG PADA PRU13 UNTUK MENCAPAINYA BUKAN MUDAH PERLU MENEMPUH BERBAGAI RINTANGAN SAYA WAKIL DR KL
Post a Comment