Oleh nurzaman
"PILIHANRAYA kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan dalam waktu terdekat ini berikutan kematian peyandangnya dari PAS, Mohd Hamdan Abdul Rahman. Kalau menghadapi PRK Penanti BN/UMNO awal-awal lagi angkat bendera putih tapi bagi menghadapi pilihanraya ini BN/UMNO awal-awal lagi menyatakan akan bertanding.
Kemungkinan keputusan PRK Manek Urai yang menyaksikan pengurangan undi daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi menyaksikan kepimpinan UMNO awal-awal lagi menyatakan kesedian untuk bertanding malah kini telah pun menyenarai pendek lima orang tokoh UMNO di Permatang Pauh.
Pengurangan undi di Manek Urai mungkin kerana pelabagai janji yang ditabur termasuk janji untuk membina jambatan yang telah dibuat. Malah jurukamera malaysiakini telah mengambil gambar pihak tertentu daripada BN/UMNO telah memberikan pengundi sebanyak RM300.00.
Jesteru itu diyakini BN akan mengunakan formula yang sama sekurang-kurangnya dapat mengurangkan undi majoriti yang telah dimenangi oleh calon PAS dalam pilihanraya lepas dengan 5433 undi.
Jadi kalau di Manek Urai BN/UMNO telah menjanjikan pelbagai perkara termasuk jambatan, apa pula janji BN/UMNO di DUN Permatang Pasir kali ini? Berapa pula jumlah wang yang bakal diberi, kalau di manek Urai RM300.00, tentunya di Permatang Pauh akan lebih lagi.
Walau apa pun yang bakal diberi, walau apa pun yang bakal dijanjikan yang lebih penting, adakah BN/UMNO telah melunasi segala janji yang dibuat semasa PRK Parlimen Permatang Pauh? Kalau belum ditunaikan, segera buat dan kemudian buat janji yang baru.
Nampaknya orang Permatang Pauh khususnya orang di DUN Permatang Pasir akan mendapat durian runtuh malah para pemimpin BN/UMNO akan mula menaburkan pelbagai janji manis.
Kepimpinan BN/UMNO sering bertindak demikian kerana bekas Perdana Menteri Tun Dr. mahathir berkata "Orang Melayu Mudah Lupa".
Memang majoriti orang melayu mudah lupa, tapi diyakini orang melayu Permatang Pauh tak akan lupa apa yang dibuat oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.
Selepas perbuatan tak peri kemanusian pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Permatang Pauh menjadi kubu kuat pembangkang.
KITA SAMA-SAMA LIHAT KEPUTUSANNYA NANTI, TAPI YANG JELAS PAS MAMPU MEMPERTAHANKAN KERUSI INI.
No comments:
Post a Comment