18 October 2009

Blogger tertua meninggal dunia


"Hari ini merupakan hari jadi saya dan cucu saya yang terkenal dengan sifat kedekut telah menghadiahkan satu laman blog" demikian baris pertama yang tertulis dalam blog orang tertua di dunia yang mempunyai laman blog sebelum ini, Amelia Lopez.

Beliau bagaimanapun meninggal dunia pada usia 97 tahun minggu lepas.
Kematian beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka yang sering melayari blognya kerana terlalu banyak kisah dan pengalaman menarik yang dikongsi bersama .

Lopez yang mempunyai blog dua tahun lepas sebelum ini langsung tidak tahu menggunakan laman web namun bertukar kepada seorang yang terkenal di dunia siber kerana usia nya.

"Apabila saya melihat cucu saya menggunakan internet ia telah menarik perhatian saya."

"Saya bertanya kepada diri saya. apa bendanya ini? Dan kemudian saya memahami bahawa saya boleh mengatahui tentang apa saja melalui internet, Sejak itu saya berazam untuk memilikinya." katanya dalam blog.

Dengan jumlah mereka yang telah melayari blognya mencecah 60,000 orang, blog tersebut dipenuhi dengan cerita tentang pengalaman hidupnya serta mereka yang berkomunikasi melalui laman sembang.

Laman blognya boleh dilayari di http://amis95.blogspot.com/

Atas kesungguhannya itu, Perdana Menteri Sepanyol Jose Luis Rodriguez Zapatero pernah menulis ucapan tahniah kepada Lopez atas usaha beliau mewujudkan laman blognya dan turut menggesa agar warga emas lain turut mencontohi beliau - Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive