13 January 2010

Pelajar sekolah diangkut untuk meramaikan program UMNO Juara Rakyat



Jelas, penglibatan murid-murid sekolah dalam programa ini

Pertandingan berpidato yang begitu mendapat sambutan

Antara pengunjung
Saya terlibat secara langsung dalam Pameran Umno Juara Rakyat di Bukit Beruntung selama 3 hari pada Jumaat hingga Ahad lepas. Ini kerana GLC yang saya bertugas telah diarahkan untuk meramaikan acara ini.

Apa yang menarik perhatian saya ialah penglibatan murid-murid sekolah (entah dari mana) yang diangkut dengan berpuluh-puluh bas untuk ke program ini.

Apakah kerana terlalu terdesak sehingga UMNO sanggup mempergunakan murid-murid sekolah untuk meramaikan program mereka?

Kita lihat lah nanti bagaimana pula UJR siri kedua yang bakal di adakan di Kelantan pada Feb nanti. Apakah murid-murid sekolah akan terus diangkut untuk dipergunakan UMNO???

3 comments:

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Apa salahnya atau tiada salahnya Puak UMNO angkut pelajar pelajar sekolah ( ponteng sekolah) pergi meramaikan majlis anjuran " UMNO Juara Rakyat " .Bagi pendapat saya guru guru pun suka kalau ada program macam ini , para para guru pun tak payah dok pening kepala di dalam kelas untuk mengajar pelajar. Baik pelajar mahupun guru guru dan pegawai Pendidikan Negeri suka kalau pihak Puak UMNO buat program luar tiap tiap hari . Kalau bab ponteng sekolah atau ponteng kelas siapa yang tak nak. Perkara macam ini guru guru , pegawai pendidikan negeri dapat claim elaun perjalanan , makan/minum percuma malah tak payah pening kepala kat sekolah atau kelas . Kan budak budak sekolah zaman sekarang semua dah pandai pandai kalau ponteng sekolah untuk pergi apa sahaja program anjuran Puak UMNO , tidak akan terjejas mata pelajaran mereka .Tiap tiap tahun UNION guru akan minta kerajaan gaji naik sebab para pendidik banyak kerja dan membantu program anjuran Puak Umno .Kata orang Melayu dah di tanam tabiat suka melepak .Hidup Umno.

Detguaq said...

Salam,

Saya juga terlibat dengan program juara rakyat. Nampaknya anda yang bekerja dengan GLC tetapi memakai kacamata pembangkang melihat dari matahati sebagai pembangkang.

Saya melihat padda sudut yang berbeza tentunya. Program yang melibatkan murid-murid sekolah dibuat pada hari cuti iaitu hari Sabtu kerana pada hari itu Perdana Menteri juga sudi menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang. Saya tidak nampak kelibat murid-murid sekolah pada hari Jumaat(hari persekolahan). Dan gerai-gerai pameran yang dilawati oleh murrid-murid boleh membantu mereka dari segi maklumat baik dari agensi mahupun dari usahawan yang rata-ratanya syarikat Bumiputera.
Baguslah kerana makan gaji dengan GLC.....saya hanya aktivis yang menyertai secara sukarela.

Dari gambar-gambar memang terdapat kepelbagaian gerai pameran.

Stone525i said...

Salam sdra Detguaq,

Buat pengetahuan sdra, gambar2 diatas diambil pada hari Ahad, bukan Sabtu. Saya tiada di lokasi pada Sabtu.

Sdra, BUKAN SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN, AGENSI KERAJAAN, GLC yang memberi sokongan kepada UMNO BN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive