14 January 2010

Rakyat 1Malaysia terus didahulukan : Tol akan naik lagi

"Disebabkan PLUS telah menaik taraf lebuhraya menjadi lebih baik dan berkualiti tinggi maka rakyat sepatutnya faham bahawa PLUS telah membelanjakan wang yang banyak, oleh sebab itu kerajaan telah membenarkan mereka untuk menaikkan kadar tol baru mulai ..,,,,,,,,,,,,,,,,,,.." agak-agak aku macam tu lah kot kenyataan dari kerajaan 1Malaysia nanti untuk menaikkan lagi kadar tol di Lebuhraya-lebuhraya yang berselerak sekarang ni.
Tengok kenyataan ni ...
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd masih menunggu keputusan kerajaan mengenai penyusunan semula tol yang dijangka membawa kepada kemudahan yang lebih baik dan lebuh raya berkualiti tinggi di masa depan.
Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata PLUS Expressway Bhd, yang merupakan antara 10 syarikat jalan bertol utama, mencatatkan prestasi kewangan dan pelaporan yang lebih baik.
"Kami sedang menunggu. Kami mahu mendengar keputusan kerajaan," katanya.
Azman berkata sebagai pemegang saham utama, Khazanah mahu memastikan PLUS dapat menyediakan perkhidmatan secekap yang mungkin.
"Saya rasa kami berpuas hati PLUS secara asasnya mencatatkan operasi dan kewangan yang lebih baik," katanya kepada pemberita di Kajian Tahunan Keenam 2010 Khazanah di sini, Khamis.
Pada minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedang berada di peringkat akhir penyusunan semula kadar tol bagi lebuh raya.
Beliau berkata rancangan itu akan menawarkan kemudahan lebuh raya yang lebih baik, mengurangkan kesesakan kenderaan dan kadar tol yang berpatutan.Khazanah memegang 16.74 peratus pegangan langsung dalam PLUS dan 38.51 peratus pegangan tidak langsung menerusi UEM Group.
Mengenai kemungkinan kerajaan akan memiliknegarakan PLUS Expressway, beliau berkata: "bukan kami yang boleh menjawabnya."-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive