15 January 2010

Anugerah Juara Lagu 24 dan elemen Yahudinya


Seperti biasa, selepas sebarang pertandingan yang ber’prestij seperti Anugerah Juara Lagu sejak di adakan 24 tahun yang lalu, pasti akan ada sahaja cerita yang kita dengar. Macam kata pepatah lah rumah dah siap tapi pahat still berbunyi. Tapi untuk AJL ke-24 ni agak berlainan sikit bunyi pahat yang kita dengar.

TV3 dan ramai wartawan menyatakan pendapat mereka yang AJL ke-24 ini adalah AJL yang paling baik pernah berlangsung. Itu memang we all pun tak tahu nak nafikan di mana sebab memang hebat AJL pada malam 10 Januari 2010 hari tu. Tapi lepas beberapa hari, timbul isu hantu pula di AJL. Biarpun dikatakan ada bukti yang itu bukanlah stunt’man, tapi warga-warga TV3 tampak sibuk untuk menjelaskan perkara itu di mana lembaga tersebut dikatakan adalah stunt’man Faizal Tahir. Apapun kita tinggalkan isu hantu dan cuba renung-renungkan perkara berikut.
Hal ini telah tersebar dibeberapa web berkaitan keagamaan beberapa hari lalu. Dari website mereka yang prihatin dengan unsur Masonic dan Freemasonary yang mampu merosakkan akidah serta menghitamkan hati. Kami rasa pelik juga kerana penerbit AJL-24 ni rasanya orang melayu Islam. Tapi tidak peka dengan perkara-perkara sensitif seperti ini. Selalunya dalam isu-isu macam ni, kami di Oh! Artis lebih gemar berfikiran positif dalam sesuatu hal yang melibatkan agama. Tapi kali ini agak melampau kerana bukan satu, tetapi banyak sangat perkara yang boleh kita pertikaikan. Kebetulan? Orang yang berfikiran waras, pasti akan menganggap ianya tidak mungkin sama sekali.

Apapun korang baca artikel yang kami petik dari sebuah blog yang diberi-nama, Jejak Tinggalan Rasul. Kami kurang arif dengan perkara-perkara yang melibatkan “simbol” ini. Jadi kami keluarkan artikel yang ditulis oleh Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib yang mempunyai kelulusan B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations, Al al-Bayt University, Jordan.

Guys, hiburan-hiburan juga tapi kalau melibatkan soal akidah, janganlah dipandang ringan. [seterusnya]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive