22 March 2010

PERKASA adalah "bini" baru Ibrahim Ali bagi menggantikan PAS

Baru-baru ini orang asal (orang asli) telah membuat kejutan dengan berdemonstrasi di Putrajaya, tujuan mereka adalah untuk menghantar memorandum berkaitan permasalahan pemilikan tanah mereka. Dalam keramaian orang itu, dalam foto-foto yang disiarkan, saya mencari kelibat seseorang tetapi hampa kerana tiada berjumpa.

Kelibat manusia yang saya cari adalah Ibrahim Ali, maklumlah, katanya dia Presiden PERKASA, atau nama panjangnya Pribumi Perkasa Negara. Walaupun seperti kata Zaid Ibrahim, orang asal tidak termasuk dalam kategori bumiputera atau pribumi mengikut Perlembagaan Persekutuan, tetapi hakikatnya mereka memang pribumi, mereka memang bumiputera. Bukankah orang asal dan pribumi itu membawa maksud yang sama?

Jadi, bila orang asal berdemonstrasi bagi menuntut hak mereka, saya mengandaikan Ibrahim Ali selaku Presiden Pribumi Perkasa Negara akan turut hadir dengan membawa seluruh kekuatan armada PERKASA bagi menunjukkan sokongan. Rupanya tidak, rupanya tidak ada, serupa juga, saya yakin Ibrahim Ali dan PERKASA tidak akan muncul jika yang berdemonstrasi itu dari kaum Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Dayak, Penan dan sebagainya. [seterusnya]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive