13 April 2010

BN Halau Pakatan Rakyat dari Pejabat Daerah Hulu Selangor? Kurang Ajar ...

BN mahu Pakatan tinggalkan Pejabat Daerah, RO ditukar

Oleh G. Manimaran dan Adip Zalkapli

HULU SELANGOR, 13 April — Barisan Nasional (BN) mendakwa Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan jentera pentadbiran kerajaan negeri dengan beroperasi dari Pejabat Daerah Hulu Selangor, sekali gus menimbulkan keraguan sikap berkecuali pegawai daerah yang kini bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil.

Selain meminta pentadbiran segera meninggalkan Pejabat Daerah Hulu Selangor, BN juga mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menukar pegawai pengurus pilihan raya kecil, Nor Hisham Ahmad Dahalan yang juga merupakan Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Ketika ditemui The Malaysian Insider di sini, Ketua Penerangan Wanita BN, Datuk Hamidah Osman berkata, pihaknya khuatir oleh kerana kerajaan negeri beroperasi dari premis Pejabat Daedah Hulu Selangor manakala pegawai daerah pula perlu mengendalikan urusan orang ramai, akan menimbulkan keraguan berhubung objektiviti peranan pegawai daerah sebagai wakil SPR mengurusan pilihan raya kecil.

"Jika Menteri Besar dan barisan exco beroperasi (dari Pejabat Daerah), bagaimana pegawai daerah boleh menjalankan tugas dengan sepenuhnya.

"Menteri besar tidak boleh berada di sana, kami percaya ia akan memberi tekanan... pegawai pengurus pilihan raya sebagai pentadbir harus bertindak berkecuali," kata Hamidah yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno dan anggota Majlis Tertinggi Umno kepada The Malaysian Insider di sini.

Dalam reaksi segera Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad mempertahankan keputusan kerajaan negeri dengan berkata, "Menteri Besar dan Exco menggunakan Pejabat Daerah untuk program-program kerajaan. Apa salahnya?"

Pada 7 April lalu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat Exco dengan mengumumkan kira-kira 100,000 keluarga di Selangor yang telah menduduki tanah kerajaan lebih 15 tahun akan menerima hak milik tanah mereka tidak lama lagi.

Ketika berucap pada majlis pelancaran jentera Pakatan Rakyat di Kuala Kubu Baru Jumaat lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, untuk melihat masalah rakyat Hulu Selangor pentadbiran kerajaan akan memindahkan pejabatnya ke Pejabat Daerah Hulu Selangor buat sementara waktu.

Mengulas lanjut, Hamidah berkata pihaknya akan menulis kepada SPR agar menukar Nor Hisham sebagai pegawai pengurus pilihan raya sebelum hari penamaan calon, Sabtu ini.

Kata beliau, perkara itu telah dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat Wanita BN di sini semalam.

Jika BN membawa isu berkenaan kepada SPR, ini merupakan kejadian kedua sejak Januari 2009 di mana agensi itu berhadapan dengan aduan berkaitan kedudukan pegawai pengurus yang didakwa tidak berlaku berkecuali.

Pada 15 Jan 2009, Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Mat Razali Kassim menarik diri sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan digantikan dengan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang juga penolong pegawai pengurus pilihan raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan.

Mat Razali berkata memutuskan demikian kerana beliau mahu pilihan raya kecil itu berjalan dengan teratur.

Nor Hisham telah dilantik sebagai pegawai pengurus dengan dibantu oleh tujuh penolong bagi mengendalikan pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

Pilihan raya kecil ini diadakan bulan ini dengan penamaan calon berlangsung Sabtu ini manakala hari pengundian pula 25 April. - TMI
STONE: Menggunakan jentera kerajaan? Siapa yang ajar ... bukankah umno bn yang mengajar menggunakan jentera-jentera kerajaan disetiap PRK sebelum ini. Cermin muka hangpa dulu lah ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive