02 September 2010

'Anak' buat lapuran polis terhadap Najib

Seorang pemimpin PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mengandungi unsur menghina Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan kes saman peneroka Felda kemahang Tiga di Kelantan.

Turut dinamakan dalam laporan polis itu ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Nor.

Laporan tersebut dibuat oleh yang dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli di balai polis Dang Wangi di ibunegara pada kira-kira jam 10.45 pagi.

Beliau diringi oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman serta pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar dan empat peneroka Felda jempol.

Dalam laporannya, Abd Rahman mendakwa, Najib membuat ucapan tersebut ketika berbuka puasa dengan peneroka Felda Gugusan Serting, Negeri Sembilan pada 26 Ogos di Masjid Bandar Seri Jempol.

Beliau mendakwa perdana menteri dilaporkan oleh media sebagai berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah kerana peguam yang mewakili Felda tidak hadir, dan bukan disebabkan olen penipuan.

Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya mengarahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga kerana menipu mereka berhubung gred buah kelapa sawit. - mkini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive