15 November 2010

... itu la yang susahnya "Semua pemimpin PKR mahu bernaung di bawah DSAI" - SU PKR Pahang

Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Setiausaha PKR Pahang Razali Alias berkata kemelut dalam PKR telah menjejaskan sokongan rakyat kepada parti itu.

Menurutnya, kemelut itu berlaku kerana semua pemimpin PKR mahu bernaung di bawah “restu” Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini politik yang tidak sihat. Semua berpunca daripada politik naungan kerana masing-masing mahu duduk di bawah ketiak Anwar. Semua mahu menjadi orang Anwar, menjadi orang yang dinaungi Anwar," katanya ketika dihubungi hari nini.

Beliau mengulas kemelut PKR yang menyaksikan calon timbalan presiden yang juga Pengerusi Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan meletakkan semua jawatan parti.

Razali menambah, masa depan PKR kini bergantung kepada sejauh mana pimpinan parti menangani kemelut itu.

Zaid, bekas menteri undang-undang juga dikatakan akan bertindak untuk keluar PKR.

"Kemelut PKR ini berpunca daripada pemilihan secara langsung yang menyebabkan terdedah pelbagai kemungkinan. Pemilihan secara langsung, ada baik dan ada buruknya. (Tetapi) yang buruk telah tersebar keluar, kini orang membuat persepsi buruk terhadap PKR, orang lihat PKR lemah.

“Apa yang berlaku sekarang ialah wujud suasana tidak sihat dalam PKR. Sedikit sebanyak terjejas untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang," katanya.

PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan dari cabang (bahagian) hingga presiden melaksanakan satu ahli satu undi - di mana setiap ahli boleh memilih.

Zaid yang menyertai PKR Julai tahun lalu menarik diri dari pertandingan timbalan pesiden kerana mendakwa berlaku ketidaktelusan dan penyelewengan jumlah pengundi. Beberapa pemimpin lain turut menyuarakan perkara sama.

Naib Presiden PKR Azmin Ali kini mendahului seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub. Bagaimanapun, keputusan penuh akan diumumkan dalam kongres parti akhir bulan ini.

Bagaimanapun, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata kemelut dalaman adalan perkara biasa bagi parti politik dan persatuan.

"Dalam isu PKR saya tidak nampak PKR kurang sokongan. Sokongan rakyat macam dulu juga. Saya yakin PKR akan berjaya dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive