Seorang lelaki Argentina berusia 62 tahun ditangkap dan didakwa merogol anak perempuannya selama lebih 30 tahun dan menyebabkan anaknya itu melahirkan 10 anak, dalam kes yang "lebih teruk" daripada kes Josef Fritzl di Austria pada 2008, kata seorang hakim.
“Tertuduh menafikan pertuduhan itu tetapi ujian DNA mengesahkan beliau adalah bapa kepada anak yang dilahirkan itu," kata Hakim Virgilio Palud kepada radio tempatan.
“Tertuduh menafikan pertuduhan itu tetapi ujian DNA mengesahkan beliau adalah bapa kepada anak yang dilahirkan itu," kata Hakim Virgilio Palud kepada radio tempatan.
Lelaki terbabit dituduh melakukan penderaan seksual berulang kali dan sumbang mahram, jenayah yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun. Tertuduh yang identitinya tidak dinyatakan, ditangkap Jun lalu kerana mencuri lembu, menyebabkan anak perempuannya itu yang kini berusia 43 tahun, melaporkan perbuatan beliau kepada polis walaupun diancam.
Wanita terbabit yang identitinya tidak dinyatakan, mendakwa beliau dipukul dan dirogol sejak berusia 13 di rumah keluarganya di perkampungan Nicanor Molinas, 600 kilometer ke utara Buenos Aires.
Palud berkata, perbuatan rogol itu menyebabkan wanita berkenaan mengandung dan melahirkan 10 anak yang kini berusia antara 7 dan 27 tahun dan hanya anak sulung yang mengetahui bahawa bapa dan datuknya adalah lelaki sama.
“Ia lebih teruk daripada apa yang berlaku di Austria,” katanya merujuk Josef Fritzl yang dihukum penjara seumur hidup pada 2009 selepas mengurung anak perempuannya selama 24 tahun dan memperoleh tujuh anak serta membunuh seorang daripadanya. - AFP/BH
No comments:
Post a Comment