29 April 2011

Artis antara peserta Jelajah Belia 2011 anjuran Pejabat MB Selangor

SHAH ALAM: Pelakon terkenal, Wardina Safiyyah, penyanyi dan penggubah lagu, Juwita Suwito, pelakon filem Mualaf, Brian Yap dan Namron, adalah antara artis yang terlibat dalam siri Jelajah Belia Selangor 2011.
Program tersebut yang dianjurkan Pejabat Menteri Besar Selangor dengan kerja sama Merdeka center di adakan di empat lokasi , bermula pada 29 April hingga 7 Mei.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sekretariat Pejabat Menteri Besar, program bertemakan ‘Anak Muda Peneraju Perubahan’ itu bertujuan menanam minat dan memberi inspirasi kepada anak muda untuk terbabit secara aktif dalam pelbagai kegiatan.

“Program ini juga bertujuan mengiktiraf peranan anak muda sebagai peneraju perubahan dalam masyarakat,” ujarnya.

Menurutnya, siri pertama program jelajah tersebut akan diadakan di Bangi Golf Resort, pada Jumaat 29 April bermula jam 3 petang.

“Antara ahli panel yang terlibat termasuk aktivis masyarakat, Hishamuddin Rais, peguam terkenal, Fahda Nur Ahmad Kamar, hos rancangan Mari Mengaji di Tv9, Ustaz Zamri dan Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard,” ujar kenyataan itu.

Manakala siri kedua diadakan keesokan harinya di Dewan Sivik, Petaling Jaya menampilkan ahli panel termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar, pelakon dan pengarah filem/ Drama, Namron, penyanyi dan penggubah lagu, Juwita Suwito, pelakon filem Mualaf, Brian Yap dan peguam, N Surendran.

Wadina Safiyyah antara ahli panel yang dijemput pada siri ketiga yang diadakan 6 Mei di Kolej Taylor, Subang Jaya.

“Ahli panel lain yang mengambil bahagian termasuk YB Nurul Izzah Anwar, penulis dan pengarah filem bebas, Amir Muhammad, pelakon, Alvin Wong serta aktivis Adrian Yeo dan Lee Khai Loon,” jelasnya.

Manakala siri terakhir pula diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam pada 7 Mei dengan ahli panel terdiri daripada pimpinan muda KEADILAN seperti Shamsul Iskandar Akin, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Rafizi Ramli.

Menurut kenyataan itu lagi, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan turut hadir bagi merasmikan majlis penutup pada hari terakhir.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12461

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive