18 May 2011

AMK akan berdepan PERKASA di Utusan

AMK tetap teruskan rancangan berhimpun depan Utusan

Perkasa dikatakan tidak berdiam diri dan turut merancang mengadakan perhimpunan pada hari yang sama untuk mempertahankan Utusan daripada 'diserang' AMK.

oleh Jamilah Kamaruddin

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan tetap meneruskan rancangannya untuk berhimpun dihadapan pejabat Utusan

Malaysia walaupun dikhabarkan bakal berhadapan dengan kumpulan daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Sayap pemuda PKR itu sebelum ini merancang perhimpunan ‘Tolak Politik Fitnah Utusan Malaysia’ Jumaat ini bagi membantah tindakan akhbar itu yang memainkan isu politik lucah, sensitif dan berbaur perkauman.

Namun kumpulan Perkasa dikatakan tidak berdiam diri dan turut merancang mengadakan perhimpunan pada hari yang sama untuk mempertahankan Utusan daripada ‘diserang’ AMK.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan bagaimanapun berkata pihaknya akan tetap meneruskan rancangan mereka, malah tidak gentar sekiranya Perkasa ingin datang berhimpun membela Utusan.

Namun katanya itu hanya satu perhimpunan ‘aman’ menghantar memorandum kepada Ketua Pengarang Utusan dan bukannya mahu membuat kecoh.

“Kami hanya datang sebagai simbol protes terhadap media yang disalahgunakan pemimpin Umno untuk kepentingan agenda mereka sendiri,” katanya kepada pemberita diluar perkarangan Balai Polis Wangsa Maju di sini hari ini.

Selain itu, Rozan berkata semasa himpunan itu nanti pihaknya juga akan mengedarkan akhbar Suara Keadilan kepada kakitangan Utusan.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan kepastian sama ada mahu mengadakan himpunan pada Jumaat ini atas alasan ada demonstrasi anti-Lynas anjuran Pakatan Rakyat (PR) pada hari yang sama.

“Kita akan maklumkan kemudian, tetapi rancangan perhimpunan depan Utusan tetap akan ada,” katanya.

Katanya himpunan itu nanti bukanlah yang terakhir kerana akan ada usaha untuk menghantar memorandum secara berterusan ke pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin.

“Kita akan buat beberapa himpunan susulan sehinggalah mereka tunduk dengan pemerintahan rakyat yang mahukan kebebasan media,” katanya.

Polis panggil beri keterangan

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan Mohd Hamdi Mohd Said dipanggil polis memberi keterangan di Balai Polis Wangsa Maju nberhubung kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul 29 April lalu.

Mereka antara kumpulan AMK yang hadir di masjid itu semasa upacara sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang trio ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab ke atas penayangan satu video lucah.

Khairul Anuar berkata, mereka disoal siasat kira-kira dua jam oleh Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul ASP Ramlan Mad Derus dibawah Akta 296 Kanun Keseksaan.

“Kami menjawab kesemua enam soalan berdasarkan hak undang-undang kami sebagai orang awam.

“Polis menjelaskan kepada kami mereka tak mempunyai agenda untuk mengenakan AMK tetapi hanya bertindak profesional,” katanya.

Katanya, polis selepas ini akan turut memanggil Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Exco AMK Mat Zaman memberikan keterangan berhubung insiden yang sama.

Beliau berkata, polis memaklum setakat ini kira-kira 25 orang sudah pun dipanggil polis membantu siasatan insiden kekecohan tersebut.  - FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive