18 May 2011

Terbukti Ibrahim Ali alat Umno

Terlepas tindakan undang-undang bukti Ibrahim Ali jadi alat Umno

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang menyifatkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali terlepas dari tindakan undang-undang kerana berperanan sebagai ‘alat’ untuk membawa agenda atau propaganda Umno.

Demikian beliau mengulas kenyataan Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang menyatakan, tiada tindakan terhadap Ibrahim Ali walaupun mengeluarkan kata dua kepada “orang Kristian yang tidak mengenang budi”.

“Ibrahim Ali sebenarnya alat kepada Umno walaupun beliau bukan ahli. Pemimpin Umno tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau. Ibrahim boleh cakap apa sahaja walaupun mampu menggugat ketenteraman awam,” kata Tian Chua kepada KeadilanDaily.

Sebelum ini, Nazri memberi alasan rapuh dengan berkata, rakyat ‘perlu hidup dan ‘matang’ dalam menangani watak seperti Ibrahim apabila menyalahkan platform sosial seperti twitter dan blog didakwanya turut menyiar kenyataan sensitif dan ia kononnya melangkaui keupayaan kerajaan untuk menghukum mereka.

“Di sini kita boleh lihat bagaimana berlaku double standard apabila Umno tetap mempertahankan Ibrahim Ali. Sekiranya orang lain terutamanya pihak pembangkang yang mengeluarkan kenyataan seperti itu, saya pasti tindakan tegas akan diambil.

“Media arus perdana pula tidak henti-henti memainkan isu-isu tersebut dan KDN pula akan membiarkan sahaja isu-isu panas dimainkan mereka,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13598

1 comment:

Anonymous said...

Mari kita ramai ramai tebalikan kereta tian chua ,Bas anwar dan semua pemimpin PR .Sebab sebelum ini pun penyokong PR sudah terbalikan kereta polis .......Kita buat apa yang penyokong PR buat kat kerajaan yang dipileh Rayaat .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive