18 May 2011

Khidmat seks disebalik urut kaki

JOHOR BAHRU: Berselindung di sebalik khidmat urutan kaki, wanita warga asing di premis di Taman Desa Tebrau dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pengunjung bagi memperoleh pendapatan lebih.

Dalam ‘Ops Sayang’ dilakukan Jabatan Imigresen Johor kelmarin, sembilan wanita, lima warga China dan empat Thailand, ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pekerjaan sah.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Hamzari A Jalil berkata, serbuan dilakukan jam 3 petang membabitkan 20 anggota dan pegawai hasil risikan dan maklumat orang ramai berhubung aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun dipercayai majikan warga asing terbabit bagi membantu siasatan. “Mengikut maklumat diterima, wanita tukang urut di premis itu menyediakan pakej tambahan kepada pelanggan yang berminat melakukan hubungan seks, namun perkara itu masih dalam siasatan

“Pemeriksaan mendapati semua wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang permit pekerjaan sah dan kita menyiasat bagaimana mereka memasuki negara ini,” katanya.

Wanita ditahan berusia antara 23 hingga 45 tahun dan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1963.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya meneruskan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi mengesan majikan yang menggaji wanita warga asing tanpa permit kerja sah -HM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive