18 May 2011

Zahid Hamidi pula hahaha .... Kaji dulu sebelum naik harga minyak

STONE : Ada apa-apa ka ni  ... bila masa pemimpin Umno ada hati nak jaga rakyat ni? Yang aku tahu selama ni depa akan mendekati rakyat bila ada pilihanraya saja .... hahaha. Atau pun PRU dah dekat, masing-masing semua nak jaga rakyat, kalau tak ala mampuih korang la. Hari tu KJ, ni Zahid pula .....

Kaji dulu sebelum naik harga minyak

TEMERLOH – Kerajaan diminta supaya menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan untuk menaikkan harga minyak petrol RON95.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu.

“Saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.

“Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut,” katanya selepas menutup program gotong-royong Perdana Mukim Bangau anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Gau dan Angkatan Tentera Malaysia di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin semalam yang meminta kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 bagi menjamin kebajikan rakyat.

“Bagaimanapun, kerajaan dalam keadaan serba salah jika harga minyak tidak dinaikkan, kerana akan tingkatkan defisit kerajaan,” katanya yang bersetuju kenaikan RON95 bebankan rakyat kerana harga barangan lain akan turut meningkat.

Mengenai program gotong royong itu, beliau berkata program ‘tentera masuk kampung’ akan diteruskan bagi meningkatkan hubungan baik antara rakyat dan tentera.


Ahmad Zahid berkata program sedemikian sebenarnya telah dilaksanakan sejak sekian lama dan dilihat memberi banyak manafaat kepada semua pihak.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM20,000 kepada Masjid kampung Sungai Gau. - SH

1 comment:

akbajalil said...

Apabila amanah hilang dari dalam diri seseorang segalanya akan musnah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive