11 May 2011

Menteri 'gula' patut letak jawatan

oleh Hazayani Zakaria

GOMBAK, 11 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mencadangkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Yaakob meletakkan jawatannya kerana gagal membendung kenaikan harga barangan keperluan asas khususnya harga gula.

Ketuanya, Hasbullah Ridzwan berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen menjadikannya RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam menunjukkan satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara.

Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen).

Minggu lalu, harga petrol RON97 turut mengalami kenaikan sebanyak 20 sen menjadi RM2.90

seterusnya DI SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive