07 May 2011

Osama tinggal di Pakistan sejak 2004

TERKINI @ 05:55:42 PM 07-05-2011 May 07, 2011

ISLAMABAD, 7 Mei – Osama bin Laden kemungkinan tinggal di Pakistan lebih tujuh tahun sebelum ditembak mati oleh pasukan elit Amerika Syarikat (AS) Isnin lalu, kata seorang pegawai keselamatan Pakistan hari ini.

Pendedahan itu dilihat akan menambah kemarahan sekutunya Washington berhubung kehadiran pengganas nombor satu paling dikehendaki itu.

Salah seorang balu Osama memberitahu penyiasat Pakistan bahawa ketua rangkaian Al-Qaeda itu tinggal di sebuah kampung berdekatan dua hingga dua setengah tahun sebelum berpindah ke bandar tentera Abbottabad, timur laut Islamabad.

Isterinya Amal Ahmed Abdulfattah memberitahu pegawai-pegawai penyiasat bahawa Osama dan keluarganya tinggal di rumah agam di Abbottabad.

Osama terbunuh dalam serangan pasukan elit AS, SEAL awal pagi Isnin lalu selepas diburu lebih 10 tahun.

“Amal (isteri Osama) memberitahu penyiasat-penyiasat bahawa mereka tinggal di sebuah kampung di daerah Haripur dua hingga dua setengah tahun sebelum berpindah ke Abbottabad akhir 2005,” kata seorang pegawai keselamatan kepada Reuters.

Amal bersama dua isteri Osama dan beberapa anaknya, antara 15 hingga 16 orang ditahan oleh pihak berkuasa di rumah agam itu awal minggu ini. – Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive