11 May 2011

Pelajar IPTA antara GRO yang ditahan

SEREMBAN: Seorang wanita China yang diberkas di sini malam tadi kerana dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) didapati memegang kad pelajar Universiti Malaya (UM).

Dia adalah antara 15 wanita yang ditahan dalam serbuan di dua premis hiburan di Taman AST dalam Ops Noda pada jam 10.15 malam tadi. Jurucakap polis berkata, mereka sedang menyiasat kesahihan kad pelajar yang dipegang oleh wanita China itu. "Kita turut menahan ibu ayam yang juga wanita China," katanya kepada pemberita di luar premis kelab malam yang diserbu itu.

Polis turut menemui sebuah lubang yang dibuat untuk menyembunyikan wanita-wanita terbabit dalam sebuah bilik setor di tingkat dua premis itu. - BERNAMA

1 comment:

perjalanan pulang said...

cerita ni dah lama dah.... banyak pendatang asing menggunakan pas pelajar untuk duduk dan bekerja di malaysia. Jadi salah siapa ? Semakin hari semakin bertambah... Siapa sebenarnya yang tidak mengambil tahu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive