04 May 2011

Sah kaki putaq alam : Eskay nafi tuduh DSAI terlibat dalam video seks

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini, lapor Tv Selangor.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

5 comments:

Anonymous said...

Inilah sikap orang munafik ( kalau dia Islam).Cakap berputar-putar.Cakap tak pernah betul.Saudahlah.... cukuplah dengan pembohongan tersebut.Usah layan orang gila ni....Gila babi...

bunbinban said...

wartawan utusan ngan media prima mesti mkn hati. hahaha. tak sangka eskay ni pandai belawak. kita pakat2 lempang je dia ni nak?. apa lagi wartawan utusan ngan media prima, takan tak terasa korang kena bodoh tahap cipan dek siam ngaku mekayu ni...hahaha...aku wakilkan korang je lempang si eskay ni....alaa..sumpah pun leh wakil...apa la sgt

Anonymous said...

Org munafiq akn dpt blsn Allah yang maha berat diakhirat nnti...dan kekal dlm neraka slamany..waliyazubillah...bertaubat lh seblm terlmbt.. jgn ikutkn.. pmimpin yg tamak dan bhasad dengki..tnye diri.. akhirny kemana?....x pegi mahkamah Allah juga... blh putar alam lgi ke??? blh tipu ke??? kumpul kn lh idea.. buat lh skrip byk2, tulis takut lupa lak... bwa lh msuk dlm kubur...rase2 leh jwb ke????

Anonymous said...

betul laa tu, mana ada belit2
Eskay tak pernah buat tuduhan zina anwar dalam mana2 mahkamah syariah pun.

dia hanya kata anwar adalah watak di dalam video tu.

haha

Anonymous said...

betul gak cakap eskay, ya la tu....gaknya dua T lagi la yang sebut...napa polis tak cari dua T lagi tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive