Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyat Malaysia terbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa si pelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.
Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. ‘Sumpah laknat’ mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.
2. Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam
Perkara ini yang kita tunggu-tunggu daripada ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya umat Islam.
Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).
Ringkasnya, kenapa Eskay ini pula yang bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.
Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).
3. Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?
Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.
Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, sama ada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan ‘character assasination’ dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan umat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh umat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – ‘destructive zero-sum game’ yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini.
Dipetik daripada blog Dr Dzulkefly Ahmad
No comments:
Post a Comment